WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

TAWARAN GAJI LUMAYAN JERAT 47 RAKYAT MALAYSIA

Rif berpelukan dengan ahli keluarganya sebaik tiba dari Siem Reap, Kemboja susulan pembebasan dari Penjara Provinsi Banteay MeanChey


Back To Whats Hot

KUCHING: Teruja dengan gaji lumayan yang ditawarkan telah menjerat 47 rakyat Malaysia dengan sebahagian besar dari Sarawak untuk terima tawaran kerja di Kemboja.

Salah seorang daripada mereka yang terjerat dengan tawaran tersebut ialah Nur Mohd Arif Bokhari, 23, dari Sibu.

“Saya terima tawaran untuk bekerja di hotel menerusi WeChat dengan gaji AS$1,200 sebulan.

“Memang banyak tawaran kerja di luar negara dalam kumpulan WeChat tersebut atas nama Agensi Job Vacancy,” katanya ketika ditemui sebaik ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini semalam.

Tambah Arif, setiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Siem Reap, Kemboja mereka telah dijemput oleh individu tempatan yang tidak dikenali identitinya.

“Sebaik tiba di sana, barangan peribadi kami seperti telefon bimbit dan pasport dirampas dan menyebabkan kami berasa pelik.

“Seminggu sekali kami dibenarkan menghubungi keluarga sehinggalah kena tangkap pada 11 Disember lalu,” katanya yang tidak dapat melupakan detik pahit selama 60 hari di sana.

Arif dalam pada itu berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak dan Malaysia amnya yang telah berusaha membebaskan dan membawa mereka balik ke tanah air.

“Terima kasih kepada Kerajaan Sarawak dan Malaysia kerana telah membantu kami kembali dengan selamat ke Malaysia.

“Selama 60 hari saya berdoa dapat kembali ke negara sendiri dan saya sangat bersyukur kerana akhirnya dapat kembali ke pangkuan keluarga.

“Apa yang terjadi kepada saya dan rakan-rakan lain di sana biarlah disimpan dalam hati selama-lamanya kerana saya tidak mahu mengingati pengalaman pahit tersebut lagi,” katanya.

Sumber: Utusan Borneo
oleh Agnes Tugong