WHAT'S NEXT

RENTAK RUAI

02.00pm - 05.00pm

"JANGAN SALAHKAN IBU!" - BEKAS JUARA DEWI REMAJA, HANEESYA HANEE

Bekas juara Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee memohon agar semua pihak berhenti menyalahkan ibunya


Back To Whats Hot

Bekas juara Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee memohon agar semua pihak berhenti menyalahkan ibunya, Norhasnida Hassan berikutan penularan video kontroversi yang melibatkan dirinya.

"Saya mengaku ia memang perbuatan saya. Saya minta maaf sangat-sangat. Saya pun tak tahu kenapa dan tak jangka perkara akan jadi sebegini.

"Saya terima keputusan untuk tarik balik gelaran dan ia memang satu tindakan yang sewajarnya. Saya tahu apa yang saya buat salah dan merosakkan nama Dewi Remaja, Nu Ideaktiv dan majalah Remaja.

 

 

"Saya hanya mahu minta orang berhenti berkata yang ini merupakan salah ibu saya, tuduh ibu saya tak tahu cara untuk menjaga saya. Ini bukan salah dia, ini semua perbuatan saya dan kesilapan sendiri.

"Semua yang terjadi tiada kena mengena dengan ibu saya. Kalau boleh, jangan ganggu ibu saya kerana semuanya salah saya," kata Haneesya sebak.

Tambah Haneesya, dia memang sudah bersedia untuk memulangkan gelaran Dewi Remaja 2018/2019 selepas video terbabit tersebar.

"Sebelum gelaran ditarik pun, saya bersedia untuk memberikan semula gelaran Dewi Remaja 2018/2019. Kejadian itu berlangsung sebulan sebelum episod akhir dan ia melanggar syarat-syarat penyertaan Dewi Remaja.

"Sekali lagi, saya memohon maaf dan berikan saya peluang untuk berubah. Buat masa ini, saya perlukan waktu untuk bertenang dan akan kembali semula bangkit mencari kekuatan diri," katanya lagi.

Semoga apa yang berlaku terhadap Haneesya membuatkan gadis itu terus kuat serta menjadi pengajaran dan iktibar.

Sumber: AWANI