WHAT'S NEXT

CATS XPOSED - ME

10.00am - 12.00pm

AHMAD DHANI MAHU BUAT KONSERT DI MALAYSIA, MESKIPUN DIHALANG KE LUAR NEGARA

Ahmad Dhani Prasetyo berharap dapat membuat konsert di Malaysia meskipun dilarang ke luar negara berikutan menjadi suspek kes fitnah sebelum ini


Back To Whats Hot

Pemuzik Indonesia, Ahmad Dhani Prasetyo berharap dapat membuat konsert di Malaysia meskipun dilarang ke luar negara berikutan menjadi suspek kes fitnah sebelum ini.

Detik News melaporkan, dia berharap mendapat kebenaran pihak berkuasa Indonesia untuk membuat konsert berkenaan.

“Mudah-mudahan bolah dapat kelulusan untuk saya keluar negara.

“Tujuan saya hanya untuk menjalankan konsert dan bukannya seorang korup yang mahu melarikan diri,” katanya.

Polis menghalang Ahmad Dhani ke luar negara supaya mempercepatkan proses penyiasatan dan dia bersikap lebih bekerjasama.

Tambah penyanyi kumpulan Dewa 19 itu, pihak polis juga boleh menugaskan anggota untuk mengawalnya sepanjang konsert.

Sumber: Utusan Online