WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

SITI NURHALIZA HADIAHKAN GELANG EMAS BUAT IBU

Penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin tidak ketinggalan untuk meraikan ibunya yang tercinta


Back To Whats Hot

Sempena hari ulang tahunnya yang ke-40 pada 11 Januari lalu, penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin tidak ketinggalan untuk meraikan ibunya yang tercinta.

Pada majlis istimewa yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Siti telah menghadiahkan seutas gelang emas kepada ibu yang melahirkannya, Siti Salmah Bachik, 68, sebagai tanda terima kasih, menurut laporan media.

“Hadiah itu sempena hari jadi mak saya yang jatuh pada 31 Disember lalu, namun saya tidak sempat meraikannya kerana ketika itu saya berada di Dubai. Jadi inilah kesempatan terbaik untuk saya raikan ibu dan berkongsi momen istimewa pada hari ulang tahun saya yang ke-40 ini.

“Mak saya adalah seorang wanita yang sangat sederhana orangnya. Saya belikan beg yang macam mana pun, dia tetap akan pakai beg yang paling sederhana buat dia. Mak memang jenis wanita yang seadanya,” kata Siti.

Menurut penyanyi ‘Anta Permana’ ini, gelang emas itu bukan sekadar hadiah, tetapi ia juga sebagai tanda penghargaan buat ibu yang melahirkannya 40 tahun yang lalu, iaitu pada 11 Januari 1979.

DETIK ISTIMEWA

Turut bersama meraikan detik istimewa penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini ialah suami beliau, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa serta puteri tercinta, Siti Aafiyah.

“Pada usia 40 tahun, saya mahu menjadi lebih matang, selain berdoa dikurniakan kesihatan yang baik untuk meneruskan kerjaya dan beribadah kepada Yang Maha Esa.

“Saya sangat bersyukur kerana pada usia ini, saya masih bertahan dalam industri muzik yang diceburi sejak usia 16 tahun.

“Fokus utama saya kini adalah untuk lebih mendekatkan diri kepada masyarakat, selain memberi semula dan membantu mereka sedaya mungkin,” laporan media memetik Siti sebagai berkata.

Sementara itu, para peminat Siti, #Sitizoners turut menyambut ulang tahun kelahiran beliau yang ke-40 di Dewan Shazac Bistari, Kompleks Yayasan Wangsa Perdana, Kuala Lumpur.

Sumber: BERNAMA