WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

'KALAU NAK NYANYI JANGAN SEKSI'

Zizi berkata, kebanyakan penganjur majlis risau dengan imej seksinya


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Gara-gara sering memuat naik foto seksi di laman sosial, Zizi Kirana memaklumkan, dia kerap diingatkan supaya berpakaian sopan setiap kali menerima undangan persembahan.

Zizi berkata, kebanyakan penganjur majlis risau dengan imej seksinya, namun penyanyi yang popular menerusi lagu Nak Ke Tak Nak itu sentiasa menjaga batas apabila muncul di tempat awam.

“Tidak mungkin saya bergaya keterlaluan ketika membuat persembahan kerana saya berpakaian mengikut kesesuaian acara.

"Saya akui, kebelakangan ini, rezeki saya semakin murah. Tetapi, setiap kali menerima tawaran, pasti saya dinasihatkan supaya tidak berpakaian seksi.

“Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana seksi saya bertempat. Saya sudah matang dan tahu membawa diri,” katanya.

Menyentuh perkembangan kerjayanya, Zizi berkata, dia kini sibuk mempromosikan single baharu, Siapa Yang Bap Bap, ciptaannya bersama DJ Fuzz dan Waris.

Mengakui peminat masih menyukai single terdahulunya, Nak Ke Tak Nak, Zizi bagaimanapun, bersyukur Siapa Yang Bap Bap diterima ramai apabila meraih lebih 500,000 tontonan di YouTube.

Diperkenalkan sejak dua bulan lalu, Zizi berkata, lagu itu turut mendapat perhatian skuad Harimau Malaya yang membuat video parodi.

"Ketika lagu ini diperkenalkan, ramai peminat memaklumkan, mereka masih belum puas mendengar Nak Ke Tak Nak.

“Ramai yang mempersoalkan, kenapa saya terlalu cepat ketengahkan lagu baharu. Tetapi, selepas sebulan, mereka mula menerima lagu ini.

“Lebih terharu, setiap kali membuat persembahan, ada yang sudah menghafal Siapa Yang Bap Bap. Alhamdulillah, percaturan saya itu berhasil,” katanya.

Sumber: Berita Harian