WHAT'S NEXT

ANTAP BREAKFAST BABA'S

06.00am - 10.00am

ISYARAT AWAL OAG KEMBALI AKTIF

Selepas 25 tahun, OAG menghargai sokongan peminat dengan menubuhkan OAG Forever


Back To Whats Hot

BANGI: Lebih 25 tahun dalam industri muzik, kumpulan OAG akur, perjalanan seni mereka tidak mungkin bertahan sejauh itu tanpa sokongan peminat setia.

Sebagai tanda penghargaan, kumpulan itu menubuhkan kelab peminat, OAG Forever untuk menghargai mereka yang menjadi tonggak kekuatan selama ini.

Pemain dramnya, Razali berkata, penubuhan kelab peminat itu juga membuktikan kesungguhan mereka untuk lebih mendekati peminat.

“Keinginan untuk mempunyai kelab peminat sudah lama terpendam, cuma baru kini ia direalisasikan.

“Kelab peminat ini ditubuhkan khusus untuk mereka yang menyokong perjalanan OAG, malah turut menawarkan pelbagai keistimewaan kepada ahli.

“Mereka yang bertuah turut berpeluang menikmati showcase atau persembahan gig OAG secara percuma,” katanya.

Selain Qi, kumpulan yang popular dengan lagu Slumber ini turut dianggotai Radhi sebagai vokalis, Amal (pemain gitar) dan Yen (bes).

Qi berkata, usaha itu juga selari dengan hasrat OAG untuk kembali aktif menghangatkan semula industri muzik, tahun depan bermula dengan showcase.

Dalam perkembangan lain, OAG akan tampil dengan album baharu selepas kali terakhir muncul dengan album mini, OrAnG yang diterbitkan 10 tahun lalu.

Album mini itu memuatkan lagu popular seperti Generasiku dan Permysuri.

“Kami merancang untuk merakamkan dua album, masing-masing dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

“OAG akan terlebih dahulu memperkenalkan album Melayu, Orang-Orang sebagai kesinambungan OrAnG, sebelum tampil dengan album Inggeris, Evol.

“Seperti album terdahulu, produksi terbaru ini masih mengekalkan identiti muzik yang sebati dengan OAG, namun memenuhi selera peminat semasa,” katanya.

Sumber: Berita Harian