WHAT'S NEXT

CATS 30

10.00am - 01.00pm

SITI NURHALIZA BEKAL SEMANGAT BUAT SKUAD HARIMAU MALAYA

Siti Nurhaliza berdoa semoga skuad Harimau Malaya mampu menewaskan pasukan Vietnam dalam final Piala AFF Suzuki


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya yang bakal menentang pasukan Vietnam dalam perlawanan akhir  Piala AFF Suzuki malam esok dibekalkan dengan kata-kata semangat daripada penghibur ternama Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.

Di laman sosial Instagram peribadinya, penyanyi lagu Anta Permana itu menitipkan doa buat pasukan bola sepak negara memperoleh kejayaan.

"Saya dan seluruh rakyat Malaysia mendoakan kejayaan anda, kejayaan kita, kejayaan Malaysia. Terus memberikan prestasi permainan yang terbaik di tempat kita dan di padang lawan, Vietnam," kata ibu kepada bayi comel Siti Aafiyah Khalid itu lagi.

 

 

Kepada skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu juga, Siti Nurhaliza turut menyanyikan sedutan lagu semangat Ultras Malaya yang sering bergema di stadium setiap kali Harimau Malaya beraksi.

Sumber: AWANI