WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

YUNA DISANGKA PENGANTIN AFRIKA SELATAN?

Yuna juga meluahkan keyakinan berhubung majalah itu yang mungkin menyangka dirinya model terbabit disebabkan persamaan menggayakan tudung


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Yuna, meluahkan rasa kesal terhadap tindakan majalah pengantin, Brides, yang menggunakan gambar perkahwinannya tanpa sebarang kredit.

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zara’ai, 32, berkata sidang redaksi majalah berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu bukan hanya tidak memberikan kredit kepadanya mahu pun jurugambar, malah gagal memperincikan pihak lain yang terbabit dalam majlis berkenaan.

“@brides, terima kasih kerana memuatkan gambar perkahwinan kami di dalam majalah anda, tetapi di mana kredit? Saya tidak suka untuk melakukan perkara ini, tetapi @brides, sekurang-kurangnya maklumkan ini perkahwinan saya.

“(Cuma nyatakan nama jurugambar kami yang menakjubkan @weddingsbyqay) andai anda mahu memuatkan gambar perkahwinan saya ini dalam majalah anda?” katanya menerusi Twitter, baru-baru ini.

Terdahulu, foto perkahwinan penyanyi yang mencipta nama di AS itu bersama suaminya, Adam Yousof Sinclair, di Puncak Rimba Bentong, Pahang, menghiasi sebuah artikel di dalam majalah berkenaan.

 

PENYANYI, Yuna, pada majlis pelantikannya sebagai duta kempen #WanitaBesi Pantene di Kuala Lumpur, Jun lalu. - Foto Rohanis Shukri

 

Keratan artikel terbabit turut memaparkan kisah perunding pajakan runcit dan model warga Afrika Selatan, Amanda Dilima, yang memakai selendang tradisional Xhosanya.

Dalam perkongsian lain, Yuna juga meluahkan keyakinan berhubung majalah itu yang mungkin menyangka dirinya model terbabit disebabkan persamaan menggayakan tudung pada hari perkahwinan.

“Anda boleh datang bertanya secara baik dan saya lebih daripada gembira untuk berkongsi cerita menggembirakan bersama gambar. Ramai orang bekerja keras untuk merealisasikan majlis kami supaya lebih cantik.

“Ini bukan rakaman fesyen perkahwinan rambang untuk penutup kepala dan saya bukan gadis (yang dipandang) secara rambang. Ia perkahwinan yang benar. Tolonglah jangan curi gambar kami. Ini 100 peratus buatan Malaysia." katanya lagi.

Yuna dan Adam Yousof Sinclair sebelum ini memilih mengadakan majlis pernikahan di resort tanah tinggi itu pada 6 Januari lalu sebelum mengadakan resepsi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), dua hari kemudian.

Sumber: Berita Harian