WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

KASIHANNYA! ISMAIL IZZANI KENA JANGKITAN PADA MEMBRAN MATA

Menerusi Instastory yang dikemaskini semalam, dia menunjukkan keadaan matanya sebelum terbang ke Sri Lanka untuk urusan kerja


Back To Whats Hot

Penyanyi kontroversi, Ismail Izzani mendedahkan mata kirinya kini membengkak disebabkan jangkitan kuman.

Menerusi Instastory yang dikemaskini semalam, dia menunjukkan keadaan matanya sebelum terbang ke Sri Lanka untuk urusan kerja.

"Kedua-dua belah mata sudah jadi semakin teruk dan saya akan berjumpa pakar," katanya.

Manakala, dalam kemaskini terbaharu, Ismail memberitahu dia menghidap jangkitan kuman pada selaput membran matanya.

"Threw it away from my left eye, need to rest for a while but still need to work," tambahnya.

Dalam perkembangan lain pula, Ismail turut mencetuskan teka-teki dengan status di Instastory peribadinya baru-baru ini.

Status yang tular di media sosial itu seolah-olah menyuarakan keluhan Ismail terhadap industri seni dan individu sekelilingnya.

"Dalam dunia industri ini, semua memang nak mencari keburukan sebab semua bangsa Melayu nak jatuhkan bangsanya sendiri," luahnya.

 

 

Sumber: AWANI