WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

"SAYA PAKAI CANTIK-CANTIK MASUK PERDANA FOUNDATION NAK JUMPA TUN SITI HASMAH TAPI ..." - MEI FEN

Persetujuan Tun Siti itu menyuntik semangat buat Mei Fen dan produksi Tanah Akhirku untuk memberikan yang terbaikpada pementasan yang bermula 28 Ogos


Back To Whats Hot

Penerbit dan pelakon teater Tanah Akhirku, Mei Fen Lim mendedahkan dia tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan persetujuan Tun Siti Hasmah untuk menjadi penaung naskhah sulung terbitannya.

Kata Mei Fen, dia menulis surat untuk isteri Perdana Menteri itu dan ingin menyerahkan sendiri kepada beliau namun dihalang daripada memasuki kawasan Perdana Foundation.

"Saya tulis surat untuk Tun Siti, pakai cantik-cantik dan terus menuju ke Perdana Foundation tapi tak dapat masuk pun.

"Kemudian, saya cakap baik-baik dan merayu kepada pengawal keselamatan meminta jasa baik mereka untuk menyerahkan surat itu kepada Tun Siti.

"Tak disangka-sangka pula sehari selepas itu saya mendapat kata putus daripada pihak Tun Siti yang bersetuju menjadi penaung teater Tanah Akhirku," katanya.

Lebih menggembirakan apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Siti sendiri bakal menonton teater pada 28 Ogos nanti.

Persetujuan Tun Siti itu menyuntik semangat buat Mei Fen dan produksi Tanah Akhirku untuk memberikan yang terbaik pada pementasan yang bermula 28 Ogos hingga 2 September nanti.

Tanah Akhirku yang akan dipentaskan di Panggung Sari Istana Budaya itu turut dibintangi Izzue Islam, Erma Fatima dan Nina Nadira. 

Teks oleh: Amri Hassan

Sumber: AWANI