WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

SELAMAT TINGGAL YAHOO! MESSENGER ... ANDA PASTI TIDAK AKAN DILUPAKAN

Yahoo Messenger akan menghentikan operasinya pada 17 Julai ini


Back To Whats Hot

Jika anda berusia 20 tahun ke atas, pasti anda pernah menggunakan aplikasi ‘chat room’ atau ruang bersosial, Yahoo! Messenger suatu masa dahulu.

Aplikasi tersebut telah berjaya mengeratkan hubungan rakan-rakan, ahli keluarga mahupun kenalan baharu seluruh dunia.

Namun, ini berita sedih buat anda yang pernah menggunakan khidmat Yahoo! Messenger.

Tanggal 17 Julai ini, Yahoo! Messenger akan menghentikan operasinya pada 17 Julai ini.

Buat anda yang masih mempunyai mesej-mesej kenangan manis dalam aplikasi itu, anda boleh muat turun mesej tersebut ke dalam komputer peribadi anda sehingga November ini.

Pastinya, ramai yang tidak akan dapat melupakan emoji Yahoo! Messenger untuk menggambarkan emosi ketika sedang berinteraksi chat room YM.

Emoji 'smiley', 'lovestruck', 'call me', 'hug me', 'blushing', 'clown' dan 'surprise' begitu ikonik!

 

Anda boleh muat turun mesej tersebut ke dalam komputer peribadi anda sehingga November ini. Foto: Twitter/@PCMag

 

Yahoo dalam satu kenyataan berkata, syarikat itu menghargai pengguna Yahoo! Messenger sejak awal penubuhannya pada tahun 1997.

“Oleh kerana landskap komunikasi yang kian membangun, kami lebih memfokuskan untuk mencipta dan memperkenalkan rekaan aplikasi terbaharu yang lebih memenuhi kehendak pengguna,” katanya.

Tambahnya, penghentian operasi Yahoo! Messenger tidak akan menjejaskan servis aplikasi lain seperti Yahoo Mail dan Yahoo Fantasy.

Sumber: AWANI