WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

BANJIR SARAWAK: BOMBA PINDAHKAN 1,298 MANGSA KE PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA

Seramai 181 mangsa telah dipindahkan oleh bomba dimana 59 daripadanya adalah dalam kalangan murid sekolah


Back To Whats Hot

KUCHING: Sehingga jam 5 petang tadi, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berjaya memindahkan seramai 1,298 mangsa yang terjejas banjir ke pusat pemindahan terdekat.

Penolong Pengarah Operasinya, Tiong Ling Hii berkata, jumlah itu adalah keseluruhan yang telah dipindahkan oleh pihak bomba sejak Sabtu lalu.

"Untuk hari ini setakat jam 5 petang, seramai 181 mangsa telah dipindahkan oleh bomba dimana 59 daripadanya adalah dalam kalangan murid sekolah.

“Pihak bomba membantu murid-murid yang terkandas di sekolah ini keluar daripada sekolah yang telahpun ditenggelami air.

"Bagaimanapun pihak bomba mengalami kesukaran untuk ke lokasi kerana terdapat beberapa jalan utama telah terputus akibat dinaiki air,"

Keadaan banjir akan terus dipantau pihak berkuasa dari semasa ke semasa untuk menggerakkan bantuan sewajarnya. - JBPM

Tambah Tiong pihaknya melalui Pusat Gerakan Operasi (PGO) negeri juga memantau dari semasa ke semasa perkembangan mangsa-mangsa melalui laman sosial dan sentiasa bersiap siaga jika mendapat maklumat terbaharu mengenai mangsa-mangsa yang terjejas.

Manakala perkembangan mengenai keseluruhan mangsa yang dipindahkan, seramai 4,602 mangsa telah dipindahkan ke 25 pusat pemindahan sementara (PPS) berasingan seluruh negeri.

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak turut melaporkan sebanyak 43 buah sekolah telah ditutup dimana 11 daripadanya telah dijadikan PPS.

Sumber: Awani