WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

'TIADA HAK TENTUKAN CARA WANITA BERPAKAIAN'


Back To Whats Hot

OTTAWA: Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, menegaskan kerajaan tiada hak menentukan cara wanita berpakaian.

Beliau dengan jelas merujuk kepada larangan dikeluarkan Quebec ke atas pemakaian menutup muka yang diluluskan ahli perundangan negeri itu, Rabu lalu.

Menurut laporan The Guardian, Trudeau berkata kerajaannya meneliti implikasi undang-undang itu.

"Sebagai kerajaan persekutuan, kami mengambil tanggungjawab secara serius dan meneliti implikasinya," kata Trudeau.

Kumpulan hak berkata, larangan penduduk menutup muka ketika memberi dan menerima perkhidmatan awam menyasarkan wanita Islam yang memakai burqa atau niqab di wilayah itu.

Walaupun undang-undang yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2018 itu tidak menyatakan bentuk penutupan muka dilarang, perdebatan memberi tumpuan kepada niqab dipakai wanita Islam, yang menutup keseluruhan muka kecuali mata.

Mereka yang menerima kesan undang-undang itu termasuk kakitangan sektor awam seperti guru, pegawai polis, pekerja hospital dan pusat jagaan harian.

Ditanya di Parlimen sama ada Trudeau akan mencabar undang-undang itu, beliau berkata akan terus memastikan hak dan kebebasan semua rakyat Kanada dilindungi.

Trudeau sebelum ini bercakap mengenai hak wanita dan kesaksamaan jantina, selain menulis artikel bulan ini mengenai sebab beliau membesarkan anak lelakinya sebagai feminis. - Reuters