• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Gitaris Duran Duran, Andy Taylor Meninggal Dunia Akibat Kanser Prostat
26 November 2026 | 11:28 AM

Gitaris Duran Duran, Andy Taylor Meninggal Dunia Akibat Kanser Prostat

LOS ANGELES - Gitaris dan penulis lagu kumpulan pop rock terkenal, Duran Duran, Andy Taylor, meninggal dunia pada usia 65 tahun akibat kanser prostat metastatik, Isnin lalu.

Berita pemergian mendiang disahkan menerusi kenyataan bersama keluarga dan bekas rakan sekumpulannya yang dikeluarkan pada Rabu.

Memetik laporan Reuters, Andy disahkan menghidap kanser prostat pada 2018. Sepanjang bersama Duran Duran, beliau memainkan peranan penting dalam membentuk identiti muzik kumpulan itu menerusi beberapa lagu popular termasuk Hungry Like the Wolf, Rio dan Girls on Film.

Isterinya, Tracy Wilson-Taylor, yang mewakili keluarga dalam kenyataan berkenaan, menyifatkan mendiang sebagai seorang suami penyayang, bapa yang baik serta datuk yang amat membanggakan keluarga.

"Bagi dunia, Andy ialah gitaris yang hebat, tetapi bagi kami, dia suami paling istimewa, bapa penyayang dan datuk yang paling berbangga dengan keluarganya," katanya.

Sementara itu, anggota Duran Duran iaitu Simon Le Bon, Nick Rhodes, John Taylor dan Roger Taylor turut meluahkan rasa sedih atas pemergian rakan seperjuangan mereka.

Menurut mereka, Andy merupakan antara individu penting sejak awal penubuhan kumpulan itu dan membawa semangat serta karisma tersendiri yang membentuk perjalanan muzik Duran Duran.

Mereka turut mengenang bagaimana Andy tiba di Birmingham dari timur laut England dengan membawa gitar serta keyakinan tinggi terhadap potensi kumpulan berkenaan.

Selain itu, mereka memuji keberanian dan ketabahan mendiang sepanjang berdepan penyakit tersebut, sambil menyifatkan perjuangannya melawan kanser dilakukan dengan penuh kejujuran dan bermaruah.

Duran Duran, yang pernah meraih Anugerah Grammy, turut diiktiraf sebagai anggota Rock and Roll Hall of Fame, sekali gus mengukuhkan pengaruh mereka dalam industri muzik antarabangsa.

Dilahirkan pada 1961 di Tynemouth dan dibesarkan di Cullercoats, Northumberland, Andy mula mempelajari permainan gitar ketika berusia 11 tahun.

Minat mendalam terhadap muzik mendorongnya meninggalkan alam persekolahan sebelum mengadakan persembahan di England dan Eropah bersama beberapa kumpulan muzik.

Beliau kemudian berpindah ke Birmingham dan menyertai Duran Duran pada 1980 sebelum kumpulan itu menandatangani kontrak rakaman bersama EMI Records.

Duran Duran melancarkan album sulung berjudul Duran Duran pada 1981 yang mendapat sambutan di United Kingdom, sebelum mencapai populariti antarabangsa menerusi album Rio pada 1982.

Selepas mencipta nama bersama kumpulan itu, Andy turut meneruskan kerjaya solo dengan melancarkan album studio pertamanya, Thunder, pada 1987.

Mendiang meninggalkan isterinya, Tracy Wilson-Taylor, serta empat orang anak hasil perkahwinan mereka.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok