• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Vasseur Kecewa, Hubungan Hamilton-Leclerc Semakin Tegang Selepas Insiden Las Vegas
25 November 2026 | 11:25 AM

Vasseur Kecewa, Hubungan Hamilton-Leclerc Semakin Tegang Selepas Insiden Las Vegas

LAS VEGAS - Prinsipal Ferrari, Fred Vasseur mengakui hubungan antara dua pemandunya, Lewis Hamilton dan Charles Leclerc semakin tegang sehingga sukar dikawal susulan insiden pertembungan ketika Grand Prix (GP) Las Vegas.

Kedua-dua pelumba itu terlibat dalam persaingan sengit yang berakhir dengan pertembungan sesama sendiri, sekali gus mencetuskan ketegangan dalam kem Ferrari.

Insiden berkenaan menyaksikan Leclerc dipersalahkan oleh steward perlumbaan dan dikenakan penalti 10 saat, menyebabkan pelumba dari Monaco itu sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ke-10, tiga kedudukan di belakang Hamilton.

Vasseur mengakui tekanan dalam pasukan kini semakin meningkat berbanding 18 bulan lalu, selain hubungan antara kedua-dua pelumba itu semakin sukar dikendalikan.

“Tekanan sememangnya semakin meningkat dan keadaan sekarang jauh lebih buruk berbanding 18 bulan lalu. Sejak kebelakangan ini, situasi antara mereka berdua sudah menjadi sukar untuk dikawal. Akhirnya, ini berpunca daripada salah faham sesama manusia,” katanya.

Beliau turut meluahkan kekecewaan terhadap tindakan Leclerc yang didakwa gagal mematuhi arahan pasukan ketika berada di belakang Hamilton.

Menurut Vasseur, Leclerc diminta supaya mengutamakan kepentingan pasukan, namun arahan tersebut tidak dipatuhi sehingga dianggap sebagai satu kesilapan profesional.

“Dia seolah-olah terlupa bahawa terdapat 2,000 orang yang bekerja siang dan malam untuk dirinya. Perkara itu langsung tidak boleh diterima,” katanya.

Sebelum ini, Vasseur pernah mengadakan perbincangan bersama kedua-dua pelumba berkenaan selepas GP Mexico City susulan persaingan sengit antara mereka.

Ketika itu, Hamilton dan Leclerc bersetuju bahawa segala perselisihan telah diselesaikan dan hubungan mereka kembali pulih.

Bagaimanapun, insiden terbaharu di Las Vegas menunjukkan ketegangan antara kedua-duanya masih belum menemui jalan penyelesaian.

Hamilton yang sebelum ini turut berdepan beberapa insiden ketika bersaing dengan Leclerc di Monza dan Mexico City semakin menunjukkan kekecewaan terhadap situasi berkenaan.

Juara dunia tujuh kali itu berkata, beliau sudah melakukan segala yang termampu dan berharap pihak pengurusan Ferrari dapat menyelesaikan kemelut tersebut di luar litar.

“Saya sudah melakukan segala yang termampu. Saya sudah memberitahu semuanya, malah lebih daripada itu.

“Situasi ini memang sukar. Apa yang boleh saya lakukan hanyalah hadir ke perlumbaan dan memberikan segala yang saya mampu. Saya berharap pihak pengurusan dapat menyelesaikan semuanya di belakang tabir,” jelasnya.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok