• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Mental Chelsea rapuh selepas dibelasah Leeds – Alonso
23 November 2026 | 12:14 PM

Mental Chelsea rapuh selepas dibelasah Leeds – Alonso

LONDON - Pengurus Chelsea, Xabi Alonso mengakui skuad kendaliannya kini berdepan masalah dari sudut mental selepas mengalami kekalahan memalukan 1-4 kepada Leeds United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge, awal pagi semalam.

Keputusan itu menyaksikan The Blues tewas tiga daripada empat perlawanan liga terakhir, sekali gus merosot ke tangga kelapan carta liga.

Lebih mengecewakan, kekalahan berkenaan menyaksikan Leeds menamatkan penantian kemenangan di Stamford Bridge sejak 1999.

Chelsea turut kehilangan rekod kebal selama 67 tahun di laman sendiri ketika berdepan dua seteru London, Leeds dan Tottenham Hotspur, selepas tewas kepada kedua-dua pasukan dalam musim yang sama.

Dalam perlawanan itu, Chelsea terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Emmanuel Emegha selepas pemain tengah, Moises Caicedo terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan.

Bagaimanapun, Leeds bangkit menguasai permainan sebelum Noah Okafor meledak dua gol untuk membantu pasukannya membenam tuan rumah.

Mengulas kekalahan itu, Alonso mengakui pemainnya gagal memberikan tindak balas sewajarnya apabila berdepan tekanan daripada pihak lawan.

“Kami berada dalam fasa mental yang rapuh. Apabila menerima tekanan daripada pihak lawan, kami tidak mampu bangkit dengan cukup kuat,” katanya.

Beliau menegaskan Chelsea perlu segera mencari penyelesaian menyeluruh merangkumi aspek taktikal, fizikal dan mental bagi memastikan situasi sama tidak berulang.

Alonso turut mengakui memahami kekecewaan penyokong yang mula mengejek pemain ketika mereka meninggalkan padang selepas kekalahan tersebut.

“Saya memahami kekecewaan mereka dan kami turut merasainya. Kami akan berusaha memberikan yang terbaik untuk mengubah keadaan ini dan tampil jauh lebih baik,” katanya.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok