KUCHING, 19 November - Pengguna jalan raya di sekitar Demak Laut dan Tanjung Bako dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal susulan penutupan sementara Jambatan Sejingkat selama tiga jam esok.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, penutupan itu akan berkuat kuasa pada Jumaat, 20 November 2026, bermula 8 malam hingga 11 malam.
Penutupan berkenaan turut melibatkan laluan keluar masuk ke jambatan itu dari arah Jalan Demak dan Tanjung Bako.
Menurut JKR Sarawak, langkah berkenaan dilaksanakan bagi memberi laluan kepada kelancaran Majlis Perasmian Jambatan Sejingkat yang akan disempurnakan oleh Premier Sarawak.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas sepanjang tempoh penutupan.
Pengguna jalan raya juga diminta mematuhi papan tanda lalu lintas serta arahan petugas trafik yang bertugas di lokasi.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Pejabat JKR Bahagian Kuching menerusi talian 082-203414.
Sumber: UKAS
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini
Back