• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

JJ Gabriel Tinggalkan Manchester United, Dijangka Sertai Real Madrid
18 November 2026 | 11:01 AM

JJ Gabriel Tinggalkan Manchester United, Dijangka Sertai Real Madrid

MANCHESTER - Bintang muda Manchester United, JJ Gabriel, mengesahkan keputusannya meninggalkan kelab itu, sekali gus membuka laluan untuk menyertai gergasi Sepanyol, Real Madrid.

Pemain berusia 16 tahun itu mengumumkan perpisahan berkenaan menerusi satu video yang dimuat naik ke akaun Instagram miliknya, semalam.

"Manchester United yang dihormati, saya tiba pada 2020 sebagai seorang budak lelaki berusia 10 tahun dengan impian besar.

"Ketika memulakan babak baharu dalam hidup, Manchester United akan sentiasa menjadi sebahagian daripada perjalanan karier saya. Terima kasih atas segala-galanya," katanya.

Menurut laporan media, Real Madrid sudah mencapai persetujuan dengan Manchester United bulan ini bagi mendapatkan khidmat pemain berkenaan.

Walaupun Gabriel masih berdaftar dengan akademi United, Real Madrid dilaporkan merancang untuk memuktamadkan perpindahannya pada Januari depan.

Perpindahan itu turut dimungkinkan menerusi pengecualian peraturan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berkaitan perpindahan pemain bawah 18 tahun.

Peraturan berkenaan membenarkan kelab Eropah menawarkan kontrak profesional kepada pemain terbabit sekiranya mereka memiliki pasport Eropah, syarat yang dipenuhi Gabriel menerusi kedua-dua ibu bapanya.

Gabriel sebelum ini dilaporkan meminta untuk meninggalkan Manchester United pada September lalu dan tidak lagi menyertai sesi latihan kelab itu sejak keputusan berkenaan dibuat.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok