• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Isu Ronaldo Terus Hantui Jorge Jesus Selepas Portugal Dibelasah Denmark
17 November 2026 | 10:02 AM

Isu Ronaldo Terus Hantui Jorge Jesus Selepas Portugal Dibelasah Denmark

LONDON - Isu persaraan Cristiano Ronaldo daripada pentas antarabangsa terus menghantui ketua jurulatih Portugal, Jorge Jesus apabila beliau sekali lagi diasak soalan mengenai bintang berusia 41 tahun itu susulan kekalahan mengejut 1-4 kepada Denmark dalam saingan Liga Negara-Negara.

Situasi itu semakin tegang apabila ibu Ronaldo, Dolores Aveiro, turut mengkritik Jesus selepas kekalahan berkenaan, malah mengakui gembira melihat pengendali itu tewas buat kali pertama sejak mengambil alih skuad Portugal selepas Piala Dunia.

Dolores turut mendakwa anaknya pernah diperdaya oleh bekas jurulatih Benfica itu, sekali gus menambah tekanan terhadap Jesus menjelang aksi menentang Wales dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan, awal pagi esok.

Jesus jelas kurang senang apabila terus diajukan soalan mengenai Ronaldo, yang mengumumkan persaraan antarabangsa awal bulan ini.

"Adakah sekarang saya perlu menjawab soalan daripada ibu Cristiano Ronaldo pula? Saya tidak tahu bila perkara ini akan berakhir.

"Jika kamu bertanya, saya perlu menjawab. Jika tahun depan kamu masih bertanya mengenai Ronaldo, saya akan tetap menjawab," katanya.

Ronaldo mengambil keputusan menamatkan karier antarabangsanya selepas hubungannya dengan Jesus dilaporkan semakin keruh, meskipun kedua-duanya pernah bekerjasama di kelab Arab Saudi, Al-Nassr.

Bekas penyerang Manchester United, Real Madrid dan Juventus itu mendakwa Jesus tidak menunaikan janji selepas memintanya melakukan pemanasan badan ketika perlawanan menentang Norway pada September lalu, sebelum tidak menurunkannya sebagai pemain gantian.

Insiden itu menyaksikan Ronaldo meninggalkan kem latihan Portugal sebelum dikenakan penggantungan selama 30 hari serta denda nominal.

Walaupun Ronaldo kemudian memohon maaf dan dijangka kembali memperkuatkan skuad kebangsaan, beliau sebaliknya memilih untuk menamatkan perjalanan antarabangsa selama 23 tahun.

Sepanjang tempoh itu, Ronaldo merekodkan 234 penampilan dan 146 gol bersama Portugal, sekali gus memegang rekod dunia bagi kedua-dua kategori dalam bola sepak lelaki.

Bagaimanapun, peranan kapten Portugal itu dalam beberapa kejohanan utama kebelakangan ini turut menjadi perdebatan apabila pergerakannya yang semakin terbatas dilihat antara faktor yang menjejaskan kemampuan pasukan untuk mencapai kejayaan lebih besar.

Sebelum kekalahan kepada Denmark, Jesus sebenarnya memulakan tugas dengan cemerlang apabila membimbing Portugal mencatat empat kemenangan berturut-turut.

Namun, keputusan mengejut itu menyaksikan perhatian lebih tertumpu kepada isu Ronaldo berbanding prestasi keseluruhan pasukan.

"Selepas perlawanan menentang Denmark, semua orang bertanya mengenai individu, bukannya pasukan atau usaha kami untuk menang di sini.

"Kami beraksi buruk dalam satu perlawanan dan keputusan seperti itu menyukarkan kami untuk melupakan kekalahan. Namun, kami akan cuba memenangi perlawanan seterusnya," katanya.

Portugal kini hanya memerlukan satu mata ketika berdepan Wales di Cardiff untuk mengesahkan kedudukan teratas Kumpulan A4, manakala tuan rumah sudah pasti menamatkan saingan di tangga tercorot.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok