• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

SIC Nafi Spekulasi Sepang Anjur Perlumbaan Pembukaan Musim F1 2027
12 November 2026 | 10:19 AM

SIC Nafi Spekulasi Sepang Anjur Perlumbaan Pembukaan Musim F1 2027

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) - Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menafikan spekulasi bahawa Malaysia boleh menjadi tuan rumah perlumbaan pembukaan musim Formula Satu (F1) 2027.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC Azhan Shafriman Hanif, mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama hari ini, dengan memberikan maklum balas ringkas, “Hal ini tidak benar.”

Penafian itu susulan hantaran media sosial oleh F1 Lead, portal berita perlumbaan itu, yang mencadangkan bahawa Sepang boleh dipertimbangkan sebagai lokasi alternatif untuk pembukaan musim 2027 sekiranya kebimbangan terhadap keselamatan di Timur Tengah mengganggu kalendar perlumbaan.

Hantaran berkenaan mendakwa bahawa litar ikonik Malaysia itu boleh menjadi lokasi pilihan sekiranya Bahrain dan Arab Saudi tidak dapat menganjurkan Grand Prix (GP) masing-masing berikutan isu keselamatan.

Menurut laman web rasmi F1, GP Bahrain dijadualkan membuka musim 2027 dari 12 hingga 14 Mac, diikuti oleh GP Arab Saudi mulai 19 hingga 21 Mac.

Bulan lepas, SIC menganjurkan F1 GP Bahrain Gulf Air 2026 selepas perlumbaan di Litar Antarabangsa Bahrain di Sakhir dibatalkan pada awal musim ini susulan ketegangan geopolitik di Asia Barat.

Malaysia menganjurkan GP Malaysia di Sepang dari 1999 hingga 2017 sebelum perlumbaan itu digugurkan daripada kalendar F1.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok