• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Kuching City bangkit, Aidil Sharin puji komitmen pemain tewaskan Gangwon
06 November 2026 | 12:10 PM

Kuching City bangkit, Aidil Sharin puji komitmen pemain tewaskan Gangwon

KUCHING - Pengendali Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak menyifatkan kemenangan 2-0 ke atas kelab Korea Selatan, Gangwon FC dalam saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) sebagai suntikan semangat besar buat pasukannya selepas melalui tiga kekalahan berturut-turut.

Menurutnya, kejayaan di Stadium Taha Ariffin itu bukan sekadar memberikan tiga mata penting, malah membuktikan kemampuan pemain melaksanakan perancangan taktikal dengan baik ketika berdepan lawan yang mengamalkan permainan berintensiti tinggi.

Beliau berkata, pendekatan tekanan tinggi yang diterapkan dalam sesi latihan berjaya diterjemahkan pemain sepanjang perlawanan, sekali gus membolehkan Kuching City mengimbangi corak permainan agresif Gangwon.

"Kalau kita lihat perlawanan ini, kedua-dua pasukan bermain dengan gaya intensiti tinggi. Kita memberi tekanan kepada mereka seperti mana kita turut ditekan ketika bermain di Korea sebelum ini," katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Aidil turut memuji komitmen serta semangat juang pemain yang beraksi sepanjang 90 minit, sambil menyifatkan kemenangan itu sebagai permulaan positif dalam usaha pasukan menyesuaikan diri dengan tahap persaingan bola sepak Asia.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan anak buahnya supaya tidak terlalu leka dengan kejayaan tersebut, sebaliknya segera memberikan tumpuan kepada aksi separuh akhir Piala FA menentang Selangor FC, Ahad ini.

Katanya, aspek pemulihan pemain menjadi keutamaan ketika ini, lebih-lebih lagi Kuching City masih berdepan masalah kecederaan dengan tujuh pemain dilaporkan tidak dapat diturunkan.

Dalam perlawanan itu, Kuching City meraih kemenangan 2-0 hasil dua jaringan penyerang sensasi, Safawi Rasid pada minit ke-12 dan ke-19.

Kemenangan berkenaan sekali gus menghidupkan kembali peluang skuad The Cats untuk mara ke pusingan kalah mati ACL2.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok