• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Kuyt bimbing Fenerbahce benam Liverpool dalam aksi dramatik Liga Juara-Juara
05 November 2026 | 11:35 AM

Kuyt bimbing Fenerbahce benam Liverpool dalam aksi dramatik Liga Juara-Juara

ISTANBUL - Dirk Kuyt mencipta kejutan apabila membimbing Fenerbahce menewaskan bekas kelabnya, Liverpool 3-2 dalam aksi Liga Juara-Juara di Istanbul, awal pagi tadi.

Kemenangan dramatik itu menyaksikan Fenerbahce bangkit dua kali daripada ketinggalan sebelum Vedat Muriqi muncul wira menerusi jaringan kemenangan, sekali gus menghidupkan peluang kelab Turki itu dalam kempen Eropah musim ini.

Liverpool yang memulakan kempen dengan tiga kemenangan berturut-turut di bawah kendalian Andoni Iraola, bagaimanapun, terpaksa menerima kekalahan selepas kelemahan benteng pertahanan menyaksikan mereka gagal mengekalkan kelebihan.

Trey Nyoni membuka jaringan buat The Reds menerusi rembatan dari luar kotak penalti selepas pertahanan tuan rumah gagal mengeluarkan hantaran lintang Dominik Szoboszlai.

Namun, Fenerbahce hanya memerlukan empat minit untuk menyamakan kedudukan apabila sepakan percuma Mason Greenwood terkena pemain pertahanan Liverpool sebelum mengelirukan penjaga gol, Alisson Becker.

Liverpool kembali mendahului menerusi tandukan Alexander Isak yang menyempurnakan hantaran lintang Cody Gakpo selepas Iraola melakukan beberapa pertukaran pemain bagi memperkuatkan jentera serangan.

Bagaimanapun, kelebihan itu sekali lagi tidak bertahan lama apabila Archie Brown menyamakan kedudukan menerusi tolakan mudah di tiang jauh selepas hantaran lintang Fenerbahce berubah arah akibat terkena Gakpo.

Kerapuhan pertahanan Liverpool terus dihukum apabila Muriqi mengatasi Jeremy Jacquet dalam perebutan bola hantaran tinggi sebelum menanduk masuk gol kemenangan tuan rumah.

Kemenangan itu cukup bermakna buat Kuyt yang pernah menghabiskan enam tahun bersama Liverpool sebagai pemain sebelum kini memikul tanggungjawab sebagai pengendali sementara Fenerbahce.

Bekas penyerang Belanda itu baru mengendalikan pasukan berkenaan buat kali kedua selepas Ismail Kartal meletakkan jawatan minggu lalu.

Sementara itu, Iraola mengakui Liverpool perlu memperbaiki aspek pertahanan selepas gagal mengekalkan kelebihan yang diraih sebanyak dua kali dalam perlawanan berkenaan.

"Kami dua kali mendahului selepas mempamerkan aksi baik dan mengawal permainan, namun melepaskan gol dalam situasi yang sepatutnya mampu dipertahankan dengan lebih baik," katanya.

Isak pula menegaskan kekalahan itu bukan petanda kempen Liverpool sudah terjejas teruk, sebaliknya pasukan berkenaan perlu segera kembali ke landasan kemenangan.

"Kami meletakkan diri dalam kedudukan yang baik. Kekalahan hari ini bukan satu keadaan yang membawa bencana. Kami hanya perlu kembali menang dan jika berjaya melakukannya dalam perlawanan seterusnya, kedudukan kami akan kembali baik," katanya.

Keputusan itu menyaksikan Fenerbahce melonjak ke tangga ke-19 daripada 36 pasukan dalam carta Liga Juara-Juara.

Mengikut format pertandingan, lapan pasukan teratas layak secara automatik ke pusingan 16 terakhir, manakala pasukan di kedudukan kesembilan hingga ke-24 perlu mengharungi perlawanan play-off dua perlawanan.

Sumber: Harian Metro

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok