• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Carrick pertahan Martinez, tegaskan komitmen pertahanan United tidak diragui
03 November 2026 | 10:50 AM

Carrick pertahan Martinez, tegaskan komitmen pertahanan United tidak diragui

LONDON - Pengendali Manchester United, Michael Carrick tampil mempertahankan Lisandro Martinez susulan kontroversi membabitkan pemain pertahanan itu, dengan menegaskan komitmennya terhadap kelab tidak pernah dipersoalkan.

Martinez mencetuskan perhatian selepas mengkritik pengurusan kelab sebelum mempamerkan aksi mengecewakan ketika United tewas kepada Chelsea di Stamford Bridge.

Pemain antarabangsa Argentina itu dilayangkan kad merah selepas melakukan kesalahan yang menyaksikan Chelsea memperoleh sepakan penalti untuk mendahului 2-0.

Malah, Martinez turut menjadi perhatian selepas terlibat dalam jaringan penyamaan lewat Tottenham ketika kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Old Trafford, selain mengkritik Pengarah Bolasepak United, Jason Wilcox susulan kekalahan 0-2 kepada Atletico Madrid.

Situasi itu mencetuskan spekulasi mengenai masa depannya di Old Trafford, lebih-lebih lagi kontraknya bersama kelab berkenaan bakal berakhir pada penghujung musim ini.

Bagaimanapun, Carrick menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang keraguan terhadap kesungguhan pemain berusia 28 tahun itu dan percaya Martinez bertekad untuk kembali mempamerkan prestasi terbaik.

"Saya langsung tidak mempunyai keraguan mengenai komitmennya.

"Suasana dalam bilik persalinan sangat baik. Saya sudah katakan sebelum ini, komitmen pemain terhadap kelab, kepada saya dan sesama mereka tidak pernah saya persoalkan.

"Kami perlu bermain dengan lebih baik dan membuat keputusan yang lebih tepat, tetapi soal komitmen bukan satu masalah sama sekali," katanya pada sidang media, semalam.

Dalam perkembangan berasingan, kedudukan Carrick sendiri semakin terancam selepas United melalui sembilan perlawanan tanpa mencatat kemenangan.

Pengurusan tertinggi kelab dijangka menilai prestasi pengendali berusia 45 tahun itu sepanjang rehat antarabangsa, selepas United mengharungi aksi menentang Roma dan Aston Villa minggu ini.

Carrick bagaimanapun memilih untuk kekal positif menjelang dua perlawanan penting itu yang berpotensi menentukan hala tuju kariernya bersama kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) berkenaan.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok