• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Jojo berpeluang tebus kekalahan, bakal bertemu semula Estupinan 11 Disember
02 November 2026 | 06:40 PM

Jojo berpeluang tebus kekalahan, bakal bertemu semula Estupinan 11 Disember

KUALA LUMPUR - Sensasi muay thai negara, Johan 'Jojo' Ghazali, berpeluang membalas dendam terhadap jaguh Colombia, Johan Estupinan, apabila kedua-dua petarung itu dijadualkan bertemu semula pada 11 Disember ini.

Pertarungan ulangan dalam divisyen flyweight itu bakal berlangsung menerusi The Inner Circle 42, sekali gus membuka ruang buat Jojo menebus kekalahan kepada Estupinan pada ONE 170, Januari tahun lalu.

Petarung berusia 19 tahun itu pastinya mahu memperbaiki kesilapan lalu selepas tewas menerusi keputusan sebulat suara, meskipun berjaya menjatuhkan lawannya pada pusingan pertama.

Bagaimanapun, Estupinan bangkit pada pusingan kedua dengan menjatuhkan Jojo sebelum menguasai aksi pusingan terakhir untuk memastikan kemenangan.

Kekalahan itu menjadi antara detik sukar dalam perjalanan awal karier petarung kelahiran Malaysia-Amerika Syarikat berkenaan yang sebelum ini mencuri perhatian menerusi prestasi cemerlang di pentas ONE Championship.

Jojo pernah mencatat enam kemenangan daripada tujuh pertarungan awalnya bersama organisasi itu sehingga berjaya memperoleh kontrak bernilai AS$100,000 (RM406,650), sekali gus mengukuhkan namanya dalam arena sukan tempur antarabangsa.

Namun, perjalanan kariernya bukan sentiasa mudah apabila merekodkan tiga kemenangan dan tiga kekalahan ketika berdepan barisan pencabar muda terbaik dalam divisyen berkenaan.

Kini, di bawah bimbingan juara dunia kickboxing featherweight ONE, Superbon, Jojo dilihat semakin matang dan menunjukkan perkembangan positif dari segi corak pertarungan serta ketajaman serangannya.

Perkembangan itu turut dibuktikan menerusi kemenangan ke atas Diego Paez dalam aksi The Inner Circle 35, bulan lalu.

Pertemuan semula dengan Estupinan pastinya menjadi ujian penting buat Jojo untuk membuktikan peningkatan prestasinya, selain memburu peluang membalas kekalahan lalu.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok