• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Hakim Danish diminta fokus satu perlumbaan pada satu masa
02 November 2026 | 06:31 PM

Hakim Danish diminta fokus satu perlumbaan pada satu masa

KUALA LUMPUR - Pengurus pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin mahu pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli memberi sepenuh tumpuan kepada baki perlumbaan Kejuaraan Dunia Moto3 musim ini tanpa terlalu memikirkan kedudukan dalam carta kejuaraan.

Zulfahmi berkata, pendekatan mengharungi satu perlumbaan pada satu masa seperti yang dipraktikkan ketika Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) terbukti membantu Hakim Danish menampilkan prestasi lebih konsisten dan fokus.

Menurutnya, pelumba berusia 19 tahun yang mewakili pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSI itu perlu mengelak daripada terlalu memikirkan pencabar lain kerana perkara berkenaan hanya akan menambahkan tekanan ketika beraksi di litar.

Beliau percaya tumpuan terhadap prestasi sendiri lebih penting berbanding memikirkan kedudukan pelumba lain seperti Veda Pratama dan Brian Uriarte.

"Saya percaya sekarang adalah masa untuk kita memberi tumpuan kepada satu perlumbaan pada satu masa dan bukannya terlalu memikirkan kejuaraan yang memberikan terlalu banyak tekanan kepadanya.

"Apabila kita mengambil pendekatan satu perlumbaan pada satu masa, seperti yang kita lakukan di Sepang, dia lebih fokus dan keputusan yang dicatatkan membuktikannya.

"Apabila dia terlalu memikirkan Veda Pratama atau Brian Uriarte, dia akan hilang fokus itu," katanya ketika ditemui semalam.

Pada GP Malaysia, Hakim Danish membuktikan keupayaannya untuk kembali bersaing dalam kelompok hadapan apabila menamatkan perlumbaan di tempat keempat selepas memulakan saingan dari petak ketiga.

Dalam pada itu, Zulfahmi mengakui anak didiknya masih berdepan cabaran untuk menyesuaikan diri dengan persaingan Moto3, khususnya ketika mengharungi musim sulungnya dalam kejohanan berkenaan.

Katanya, proses menyesuaikan diri dengan litar baharu serta usaha mengekalkan tahap konsistensi menjadi antara cabaran utama yang perlu diatasi pelumba muda itu.

"Kita semua tahu Hakim Danish mempunyai potensi yang sangat besar, tetapi sebagai pelumba rookie, bukan mudah untuk mengekalkan konsistensi.

"Terdapat litar yang belum pernah dicubanya dan ada juga litar yang sudah biasa dengannya, tetapi secara tiba-tiba dia bergelut untuk mendapatkan kelajuan," katanya.

Setakat ini, Hakim Danish menduduki tangga kesembilan keseluruhan kejuaraan Moto3 dengan mengumpul 116 mata.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok