• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Hakim Danish sasar cabaran podium di GP Malaysia
29 October 2026 | 09:33 AM

Hakim Danish sasar cabaran podium di GP Malaysia

SEPANG - Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli bertekad memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk mencabar kelompok hadapan pada Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hujung minggu ini.

Pelumba berusia 19 tahun itu mahu melupakan kekecewaan di GP Australia minggu lalu apabila hanya mampu meraih petak ke-25 pada penampilan sulungnya di Litar Phillip Island, sebelum perlumbaan dibatalkan susulan cuaca buruk.

Justeru, pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi itu mahu memulakan saingan di Sepang dengan langkah positif menerusi sesi latihan bebas pada Jumaat bagi mendapatkan tetapan jentera terbaik.

Usaha itu penting bagi membantunya memperbaiki kedudukan pada sesi kelayakan, Sabtu, sekali gus meningkatkan peluang untuk bersaing merebut podium pada perlumbaan Ahad.

Hakim Danish berkata, dia teruja untuk kembali beraksi di hadapan penyokong tempatan dan bertekad memberikan persembahan terbaik sepanjang hujung minggu perlumbaan.

“Minggu ini adalah minggu perlumbaan di laman sendiri dan saya sangat gembira serta teruja untuk beraksi di GP Malaysia. Semestinya saya lebih bersemangat dan tidak sabar untuk turun ke litar.

“Sudah tentu saya mahu memberikan yang terbaik untuk pasukan, Malaysia, keluarga dan semua orang. Saya berharap dapat melakukan yang terbaik sepanjang hujung minggu ini,” katanya.

Sementara itu, pengurus pasukan yang juga bekas pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin, berharap sokongan padu penyokong tempatan dapat menjadi pembakar semangat buat Hakim Danish untuk mempamerkan aksi terbaik.

Menurutnya, pelumba muda itu sudah membuktikan kemampuannya musim ini menerusi kemenangan di Brno dan perlu membawa keyakinan berkenaan ke Sepang.

“Danish sudah membuktikan kemampuannya musim ini menerusi kemenangan di Brno. Kami mahu dia membawa keyakinan itu ke Sepang, bekerja keras dalam setiap sesi dan mengambil peluang yang ada untuk meraih keputusan terbaik.

“Paling penting, kami mahu dia menikmati perlumbaan di hadapan penyokong sendiri, kekal fokus dan memberikan segala-galanya bermula daripada sesi latihan pertama,” katanya.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok