• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

PSG Tewaskan Man City 4-2, Luis Enrique Akui Bernasib Baik
15 October 2026 | 09:54 AM

PSG Tewaskan Man City 4-2, Luis Enrique Akui Bernasib Baik

MANCHESTER - Pengendali Paris Saint-Germain (PSG), Luis Enrique mengakui pasukannya bernasib baik ketika menewaskan Manchester City 4-2 dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah, sekali gus meneruskan permulaan cemerlang dalam misi mempertahankan kejuaraan.

PSG mempamerkan aksi dominan pada separuh masa pertama apabila meledak tiga gol untuk mendahului 3-0, menerusi jaringan Desire Doue, Ousmane Dembele dan Vitinha.

Bagaimanapun, Manchester City bangkit selepas rehat dengan Erling Haaland meledak dua gol untuk menghidupkan peluang tuan rumah.

Skuad kendalian Enzo Maresca turut mencipta beberapa peluang berbahaya, termasuk dua percubaan yang menggegarkan palang dan tiang gol. Malah, tindakan cemerlang Nuno Mendes yang mengeluarkan bola di atas garisan gol turut menafikan satu peluang jaringan City.

Luis Enrique mengakui PSG berdepan risiko kehilangan mata sekiranya lawan berjaya menyempurnakan peluang yang dicipta, terutama pada babak kedua.

"Kami mungkin tewas dalam perlawanan ini sekiranya mereka menyempurnakan peluang yang dicipta.

"Saya fikir ini perlawanan yang sangat menarik, tetapi cara mereka bermain memang menakjubkan. Kami suka bermain dalam perlawanan seperti ini," katanya.

Maghnes Akliouche kemudian melebarkan semula kelebihan PSG kepada tiga gol pada separuh masa kedua, sebelum City terus memberi tekanan dalam usaha merapatkan jurang.

PSG turut berdepan detik cemas apabila Ferran Torres gagal menyempurnakan sepakan penalti pada penghujung perlawanan.

Enrique berkata, pasukannya sentiasa berusaha untuk memenangi setiap perlawanan dengan pendekatan menyerang tanpa mengira jumlah jaringan yang sudah diperoleh.

Bagaimanapun, beliau mengakui City mampu menjaringkan lebih banyak gol berdasarkan peluang yang dicipta selepas rehat.

Sementara itu, Maresca menerima kekalahan pertama musim ini selepas memulakan tugas sebagai pengendali City dengan cemerlang menerusi lapan kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan.

Beliau berkata, pasukannya perlu mengambil pengajaran daripada kekalahan itu, terutama selepas dibolosi tiga gol pada separuh masa pertama.

"Kami boleh mempelajari banyak perkara daripada perlawanan malam ini. Walaupun dibolosi dua gol dalam tempoh dua minit oleh pasukan terbaik di Eropah, kami perlu terus berjuang.

"Saya cuba terus belajar daripada pemain kerana saya baru tiba tiga bulan lalu, tetapi setakat ini, perasaannya sangat positif," katanya.

Bekas pengendali City, Pep Guardiola, yang memenangi 20 trofi sepanjang 10 tahun bersama kelab itu, turut hadir di Stadium Etihad untuk menyaksikan perlawanan berkenaan.

Kemenangan tersebut meletakkan PSG di puncak carta Liga Juara-Juara selepas dua perlawanan, manakala Manchester City merosot ke tangga ke-17.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok