• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Sarawak Umum Diskaun Bil Elektrik 25 Peratus Bagi 2027
13 October 2026 | 10:09 AM

Sarawak Umum Diskaun Bil Elektrik 25 Peratus Bagi 2027

KUCHING, 12 Okt (Bernama) - Kerajaan Negeri Sarawak hari ini mengumumkan diskaun bil elektrik sebanyak 25 peratus bermula dari Januari hingga Disember tahun depan di bawah Belanjawan Negeri 2027.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika membentangkan belanjawan itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini berkata pemberian diskaun itu akan memanfaatkan kira-kira 716,000 pengguna domestik di seluruh Sarawak, dengan kos sebanyak RM281 juta.

Kerajaan negeri turut mengumumkan subsidi RM5 sebulan bagi bil air di bawah program air percuma, yang memanfaatkan kira-kira 600,000 pengguna domestik melibatkan peruntukan sebanyak RM35 juta.

“Inisiatif ini mencerminkan sebuah kerajaan yang mentadbir dengan penuh keprihatinan, berpandangan jauh dan bertanggungjawab, dengan mengimbangi disiplin fiskal dan keadilan sosial.

“Dengan memperkukuh jaringan perlindungan sosial, kita turut memperkukuh asas masyarakat Sarawak bagi memastikan setiap rakyat, tanpa mengira keadaan, diberi peluang untuk menjalani kehidupan yang bermaruah, penuh harapan dan terjamin,” katanya.

Kerajaan Negeri Sarawak hari ini membentangkan Belanjawan 2027 berjumlah RM14.84 bilion bertemakan “Bersama Membina Kemakmuran dan Menjamin Masa Depan Kita”.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok