• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

City Benam Liverpool 3-0, Kekal Sempurna Selepas Enam Perlawanan
12 October 2026 | 11:01 AM

City Benam Liverpool 3-0, Kekal Sempurna Selepas Enam Perlawanan

LIVERPOOL - Manchester City mencatat kemenangan bergaya 3-0 ke atas Liverpool di Anfield menerusi jaringan Erling Haaland, Jeremy Doku dan Rayan Cherki pada babak kedua, sekali gus mengekalkan rekod sempurna dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Enzo Maresca mengumpul 18 mata daripada enam perlawanan untuk melebarkan jurang kepada tiga mata di hadapan Arsenal, manakala Liverpool merosot ke tangga kesembilan selepas mengalami kekalahan pertama dalam liga musim ini.

Perlawanan itu berlangsung dalam suasana tegang apabila kehadiran City di Anfield disambut sorakan boo dan laungan kemarahan penyokong tuan rumah susulan isu berkaitan dakwaan pelanggaran peraturan kewangan liga.

Bagaimanapun, City kekal tenang menghadapi tekanan awal Liverpool sebelum memperoleh kelebihan apabila pemain tengah tuan rumah, Ryan Gravenberch, dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-62 selepas mengasari Doku.

City mengambil kesempatan daripada kelebihan seorang pemain apabila Haaland membuka jaringan tiga minit kemudian menerusi rembatan kaki kiri yang menewaskan penjaga gol Liverpool, Alisson.

Jaringan itu bermula daripada gerakan Doku yang membawa bola memasuki kotak penalti sebelum percubaannya terkena pemain lawan, sekali gus memberikan peluang kepada Haaland untuk menyudahkan bola yang melantun ke arahnya.

Doku kemudian menggandakan kelebihan City pada minit ke-68 menerusi rembatan jarak jauh yang melengkung cantik ke penjuru atas gawang Liverpool.

Cherki melengkapkan kemenangan pelawat pada minit ke-78 selepas menyambut hantaran rakan sepasukan di dalam kotak penalti sebelum menyudahkan peluang dengan tenang.

Kemenangan itu disambut penuh emosi oleh pemain dan penyokong City yang bertandang ke Anfield, termasuk vokalis kumpulan Oasis, Noel Gallagher.

Haaland menyifatkan kejayaan itu sebagai detik istimewa buat pasukannya, namun menegaskan mereka perlu terus bersatu dan memberikan tumpuan kepada perkara yang mampu dikawal.

“Ia detik yang sangat indah dan akan kekal dalam ingatan kami untuk tempoh yang lama.

“Sekarang kami perlu terus kuat, bersatu dan memberikan tumpuan kepada perkara yang mampu kami kawal,” katanya kepada Sky Sports.

Pemain tengah City, Elliot Anderson, turut memuji semangat berpasukan yang dipamerkan mereka ketika berdepan cabaran di Anfield.

Menurutnya, kesatuan dan kesungguhan pemain menjadi faktor penting dalam menghadapi perlawanan yang sukar itu.

Sementara itu, Maresca mengakui suasana di Anfield memberikan tekanan besar kepada pemainnya, namun menegaskan kemenangan merupakan cara terbaik untuk menjawab cabaran berkenaan.

“Kami perlu belajar menangani tekanan dan kebisingan kerana perkara itu akan mengiringi kami dalam setiap perlawanan di tempat lawan.

“Kami juga perlu mencipta ‘bunyi’ kami sendiri, dan cara kami melakukannya ialah dengan memenangi perlawanan,” katanya.

Bagaimanapun, pengendali Liverpool, Andoni Iraola, meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan pengadil melayangkan kad kuning kedua kepada Gravenberch, yang disifatkannya mengubah perjalanan perlawanan.

Menurut Iraola, Liverpool beraksi dengan baik sepanjang sejam pertama sebelum City mula menguasai permainan selepas insiden berkenaan.

“Saya tidak berpuas hati dengan pengadilan hari ini. Kad kuning pertama itu tidak sepatutnya diberikan.

“Selepas itu, City jelas lebih baik daripada kami,” katanya.

Ketika wisel penamat dibunyikan, sebahagian penyokong Liverpool yang masih berada di stadium melaungkan sindiran “Turun! Turun! Turun!” merujuk kepada kemungkinan City diturunkan ke liga lebih rendah susulan isu peraturan kewangan yang membelenggu kelab itu.

City bagaimanapun menafikan semua dakwaan salah laku dan telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan suruhanjaya bebas berkenaan.

Kejayaan itu turut menyaksikan Maresca menjadi pengendali keempat yang memenangi enam perlawanan pertama EPL bersama kelabnya, selepas Pep Guardiola bersama City pada 2016, Carlo Ancelotti bersama Chelsea pada 2009 dan Ole Gunnar Solskjaer bersama Manchester United pada musim 2018-2019.

Walaupun kemenangan tersebut mengukuhkan kedudukan City di puncak liga, ketidakpastian mengenai kes kewangan kelab itu masih membayangi perjalanan mereka di luar padang.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok