• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Verstappen Akhirnya Takluk GP Singapura, Raih Kemenangan Kedua Berturut-turut
12 October 2026 | 10:52 AM

Verstappen Akhirnya Takluk GP Singapura, Raih Kemenangan Kedua Berturut-turut

SINGAPURA - Pelumba Red Bull, Max Verstappen akhirnya menakluk Grand Prix (GP) Singapura buat kali pertama selepas mempamerkan aksi bertenaga dan strategi perlumbaan mantap di Litar Marina Bay, hari ini.

Kemenangan itu melengkapkan hujung minggu cemerlang buat pelumba Belanda berkenaan, yang turut mengungguli perlumbaan pecut sebelum meraih kemenangan kedua berturut-turut dalam musim ini.

Verstappen menguasai perlumbaan sejak awal saingan, sekali gus mengekang cabaran pencabar Ferrari, Charles Leclerc yang terpaksa berpuas hati di tempat kedua, manakala pelumba muda Mercedes, Kimi Antonelli melengkapkan podium di kedudukan ketiga.

Kejayaan itu lebih bermakna buat Verstappen yang sebelum ini menjuarai GP Bahrain di Malaysia minggu lalu, selepas sekian lama gagal menaiki podium tertinggi di Singapura.

Hadir dengan tekad melunaskan misi yang belum tercapai, Verstappen berjaya memanfaatkan kepantasan jentera Red Bull dan strategi penggunaan tayar untuk mengawal perlumbaan hingga ke garisan penamat.

"Ia mengambil masa yang agak lama tetapi saya rasa perlumbaan kali ini amat baik.

"Kami mempunyai kepantasan apabila diperlukan menggunakan tayar lembut, walaupun tayar sederhana agak sukar buat semua orang.

"Tetapi semuanya menjadi, jadi saya amat gembira dapat menang di sini. Dua perlumbaan terakhir benar-benar positif buat kami dan itu sesuatu yang hebat," katanya.

Sementara itu, Antonelli terus mengukuhkan kedudukannya dalam carta kejuaraan, dengan kelebihan 102 mata berbanding rakan sepasukannya, George Russell.

Kedudukan itu membuka peluang kepada pelumba Itali berkenaan untuk mengesahkan kejuaraan dunia secara matematik seawal pusingan seterusnya di Austin, sekiranya keputusan perlumbaan memihak kepadanya.

Bagaimanapun, Antonelli memilih untuk tidak terlalu memikirkan peluang berkenaan dan mahu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada perlumbaan seterusnya.

"Bolehkah saya? Betul ke?" katanya dengan nada terkejut apabila dimaklumkan mengenai peluang tersebut selepas meraih podium ke-14 musim ini.

"Baiklah, usah fikirkan mengenai itu dulu. Mari kita cuba lakukan yang terbaik pada hujung minggu depan dan selesaikan tugas," katanya.

Dalam pada itu, pelumba Ferrari, Lewis Hamilton berdepan malam mengecewakan apabila merosot ke kedudukan keenam selepas memulakan perlumbaan dari petak ketiga.

Hamilton gagal mengekalkan prestasi pada penghujung perlumbaan susulan kemerosotan cengkaman tayar, sekali gus membolehkan dua pelumba McLaren, Lando Norris dan Oscar Piastri menamatkan saingan di hadapannya.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok