• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Terbuka Artik 2026: Aaron-Roy King Raih Gelaran Pertama, Tewaskan Pasangan Taiwan
12 October 2026 | 10:41 AM

Terbuka Artik 2026: Aaron-Roy King Raih Gelaran Pertama, Tewaskan Pasangan Taiwan

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) - Beregu lelaki negara Aaron Tai-Yap Roy King meraih gelaran pertama mereka selepas mencatat kemenangan straight set pada Kejohanan Badminton Terbuka Artik 2026 di Vantaa, Finland hari ini.

Pada perlawanan akhir, pasangan Malaysia itu menewaskan beregu Taiwan Lai Po Yu-Tsai Fu Cheng dengan keputusan 21-19, 21-19 dalam tempoh 41 minit.

Aaron dan Roy King menyertai kejohanan itu dengan menduduki ranking ke-348 dunia manakala lawan mereka dari Taiwan berada di kedudukan ke-60 dunia.

Terbuka Artik menjadi penampilan sulung Aaron dan Roy King sebagai gandingan baharu negara.

Hasil kemenangan dua set itu, gandingan baharu berkenaan berjaya menamatkan penampilan pertama pada kejohanan bertaraf Super 500 dengan merangkul kejuaraan sulung mereka.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok