• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Liverpool Intai Mbappe, Sedia Pecahkan Rekod Perpindahan Dunia
08 October 2026 | 12:24 PM

Liverpool Intai Mbappe, Sedia Pecahkan Rekod Perpindahan Dunia

LONDON - Liverpool dilaporkan sudah menghubungi ejen Kylian Mbappe bagi meneroka kemungkinan membawa penyerang Real Madrid itu ke Anfield pada musim panas 2027.

Wartawan Sepanyol, Francois Gallardo, mendakwa Liverpool telah mengadakan perbincangan dengan ibu merangkap ejen Mbappe, Fayza Lamari, dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Mbappe menyertai Real Madrid secara percuma pada musim panas 2024 selepas meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG), dan kini mencatat 94 gol serta 14 bantuan gol dalam 111 penampilan bersama kelab gergasi Sepanyol itu dalam semua pertandingan.

Bagaimanapun, walaupun memiliki rekod jaringan mengagumkan, pemain berusia 27 tahun itu masih belum membantu Real Madrid memenangi LaLiga atau Liga Juara-Juara Eropah dalam tempoh dua musim terakhir.

Keserasian Mbappe bersama Vinicius Junior dalam kesebelasan utama Real Madrid turut menjadi persoalan, dengan keadaan itu dikatakan antara faktor yang boleh mendorongnya mempertimbangkan perpindahan.

Mbappe masih terikat kontrak bersama Real Madrid sehingga musim panas 2029, namun Gallardo mendakwa pemain Perancis itu sudah membuat keputusan untuk meninggalkan kelab berkenaan pada 2027.

"Beberapa kelab Liga Perdana Inggeris berminat dengan Kylian Mbappe, tetapi keutamaan pemain adalah Liverpool.

"Mereka sudah menghubungi Fayza Lamari dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Pemain itu tidak merasakan dirinya disayangi atau mendapat sokongan dalam bilik persalinan Real Madrid dan keadaan itu membuatkannya tidak selesa," katanya kepada sebuah portal berita Sepanyol.

Menurut Gallardo, nilai perpindahan Mbappe dianggarkan antara €200 juta (RM985 juta) hingga €250 juta (RM1.23 bilion).

Sekiranya Liverpool membayar €250 juta untuk mendapatkan khidmat Mbappe, jumlah itu bakal menjadikannya pemain termahal dalam sejarah bola sepak.

Rekod perpindahan dunia ketika ini masih menjadi milik Neymar yang berpindah dari Barcelona ke PSG pada 2017 dengan nilai €222 juta (RM1.09 bilion).

Gallardo turut mendakwa Real Madrid tidak akan menghalang hasrat Mbappe untuk meninggalkan Santiago Bernabeu pada musim panas 2027.

"Secara eksklusif, Kylian Mbappe marah dan kecewa dengan Real Madrid. Dia sudah membuat keputusan untuk meninggalkan kelab itu pada musim panas 2027 dan Real Madrid tidak akan menghalangnya. Destinasi seterusnya adalah Liga Perdana Inggeris," katanya menerusi akaun X.

Dalam pada itu, Gallardo mendakwa Real Madrid sudah mengenal pasti pemain Bayern Munich, Michael Olise, sebagai calon pengganti sekiranya Mbappe meninggalkan kelab itu untuk menyertai Liverpool pada 2027.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok