• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Alpha Cetus Fenomena M-Pop Menerusi Konsert Sulung The First Wave
06 October 2026 | 11:21 AM

Alpha Cetus Fenomena M-Pop Menerusi Konsert Sulung The First Wave

KUALA LUMPUR - Belum genap dua tahun mencipta nama dalam arena M-Pop, kumpulan Alpha terus mengukuhkan kedudukan apabila berjaya menjayakan konsert sulung mereka, ALPHA The First Wave, di Zepp Kuala Lumpur, minggu lalu.

Kejayaan konsert itu sudah dapat dijangka sejak awal apabila tiket dilaporkan habis terjual dalam tempoh kurang sejam selepas jualan dibuka, membuktikan sambutan hangat peminat terhadap kumpulan yang dianggotai Daniel, Izat, Rizal, Ariel, Araff, Ray-D dan Sky.

Konsert berkenaan menjadi platform penting buat Alpha membuktikan kemampuan mereka sebagai sebuah kumpulan persembahan, selepas sebelum ini lebih dikenali menerusi program televisyen, muzik video dan platform digital.

Lebih bermakna, The First Wave turut diadakan selepas Alpha melancarkan album studio penuh pertama mereka dengan judul sama yang menghimpunkan 12 lagu.

Pada malam konsert, lebih 2,000 peminat memenuhi Zepp Kuala Lumpur dengan sorakan bergema sebaik sahaja Alpha membuka persembahan menerusi lagu Gerak, sebelum meneruskan momentum dengan Gelato dan Bujang.

“Terima kasih kepada Alphanite (peminat) yang hadir. Kalian menjadikan apa yang sebelum ini hanyalah sekadar mimpi, tetapi malam ini menjadi realiti,” kata Izat.

Bagi mempelbagaikan persembahan, Alpha turut membahagikan anggota mengikut kelompok usia selain menampilkan beberapa artis undangan termasuk Hussain, Nadeera Zaini dan Daiyan Trisha.

Hussain tampil berduet menerusi lagu Tiada Lagi, manakala Nadeera bersama Alpha mempersembahkan lagu tradisional Zapin Usik Mengusik.

Daiyan Trisha pula menyertai Alpha menerusi lagu duet mereka, Haru Biru, yang mendapat sambutan meriah daripada penonton.

Konsert itu turut menjadi medan Alpha meraikan kejayaan mereka pada Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) apabila meraih trofi Artis Baharu Terbaik dan Lagu Pop Terbaik menerusi lagu P. Ramlee Saloma.

Dalam suasana penuh emosi, setiap anggota turut membaca kad ucapan buat peminat, sehingga ada antara mereka yang sebak mengenangkan perjalanan sejak menyertai program Big Stage sehingga berjaya berdiri di pentas konsert sulung.

“Kami nak mereka tahu yang setiap apa yang berlaku atas pentas ini adalah hasil daripada perjalanan kami bersama mereka.

“Setahun mungkin nampak singkat, tapi untuk kami, terlalu banyak yang berlaku. Kami bermula sebagai tujuh orang yang mempunyai impian. Hari ini kami berdiri sebagai Alpha,” kata Ariel.

Selain persembahan, Alpha turut memberikan kejutan kepada peminat menerusi pratonton eksklusif video muzik Burn It Down serta tayangan perdana video muzik Mahkota Cinta.

Secara keseluruhan, sebanyak 20 lagu dipersembahkan termasuk Mahkota Cinta, Sahabat, Tiada Pengganti, Burn It Down, Dia, Mona Lisa dan Gento.

Bagi kumpulan yang baru setahun jagung, The First Wave dilihat sebagai permulaan positif buat Alpha untuk terus mengembangkan langkah dalam industri muzik tempatan.

Walaupun masih mempunyai ruang untuk memperkemas aspek vokal, kekuatan Alpha dari segi persembahan visual dan interaksi bersama peminat jelas menyerlah.

Dengan usaha dan komitmen berterusan terhadap setiap karya, Alpha dilihat mempunyai potensi untuk mengadakan persembahan di lokasi lebih besar serta mengikut jejak kumpulan lelaki popular terdahulu seperti KRU dan Ruffedge.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok