• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Jambatan Sejingkat rasmi dibuka, tingkat kesalinghubungan Kuching-Kota Samarahan
05 October 2026 | 05:56 PM

Jambatan Sejingkat rasmi dibuka, tingkat kesalinghubungan Kuching-Kota Samarahan

KUCHING - Jambatan Sejingkat yang menghubungkan kawasan Demak di Kuching dengan Kota Samarahan, rasmi dibuka kepada orang ramai mulai hari ini, sekali gus meningkatkan kesalinghubungan serta memudahkan pergerakan penduduk di kedua-dua kawasan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Jambatan Sejingkat merupakan jambatan mega ke-12 yang siap dibina daripada keseluruhan 21 projek jambatan yang dirancang di Sarawak.

Menurut beliau, pembukaan jambatan berkenaan memberikan kemudahan signifikan kepada masyarakat setempat, selain memperkukuh jaringan perhubungan antara Kuching dan Kota Samarahan.

“Jambatan ini sepanjang 1.281 kilometer dan dilengkapi jalan penghubung sepanjang 200 meter di kedua-dua tebing,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Pra-Pelancaran Jambatan Sejingkat di sini, hari ini.

Jambatan berkenaan turut menampilkan reka bentuk unik dengan pilon berbentuk berlian, menjadikannya struktur seumpamanya yang pertama dan tunggal di Malaysia.

Dengan pembukaan Jambatan Sejingkat, pengguna jalan raya yang ingin menyeberang antara kedua-dua kawasan tidak lagi perlu menggunakan Lebuhraya Samarahan-Kuching.

Uggah berkata akses perjalanan dijangka menjadi lebih lancar dan berkesan apabila pakej projek jalan raya DC3 siap sepenuhnya kelak.

Katanya, Jambatan Sejingkat merupakan sebahagian daripada projek Jalan Utama Kedua yang menjadi antara program pemangkin pembangunan infrastruktur di Sarawak.

Sumber: Bilik Berita CATS

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok