• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Jakirovic tarik balik kenyataan mahu kendali Manchester United
01 October 2026 | 10:56 AM

Jakirovic tarik balik kenyataan mahu kendali Manchester United

MANCHESTER - Pengendali Hull City, Sergej Jakirovic, menarik balik kenyataannya sebelum ini yang menyatakan hasrat untuk membimbing Manchester United, ketika masa depan Michael Carrick bersama kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu terus menjadi perhatian.

Awal bulan ini, Jakirovic secara berseloroh menyatakan bahawa Manchester United menjadi antara kelab yang ingin dikendalikan selepas ditanya mengenai kemungkinan kembali ke bekas kelabnya, Dinamo Zagreb.

“Saya?! Di mana saya? Saya melihat ke arah Manchester United, haha!

“Jangan sesekali berkata tidak. Saya mempunyai masa yang baik di Dinamo dan tidak menyimpan dendam terhadap sesiapa.

“Tetapi saya mahu mencapai kelab-kelab terbesar di sini,” katanya pada 16 September lalu.

Bagaimanapun, pengendali berusia 49 tahun itu kini menegaskan bahawa fokusnya adalah bersama Hull City, yang mengumpul lapan mata daripada lima perlawanan EPL setakat ini.

Ketika ditanya mengenai kebimbangan Hull bahawa kelab lebih besar seperti Manchester United mungkin berminat mendapatkannya, Jakirovic berkata beliau tidak mahu membincangkan perkara tersebut buat masa ini.

“Saya lebih suka tidak bercakap mengenai perkara itu sekarang. Bukan dari kedudukan saya sekarang kerana saya mempunyai kelab dan gembira dengan kerja yang kami lakukan bersama.

“Apabila tiba masanya untuk langkah seterusnya, kita akan berbincang.

“Anda tahu perjalanan saya. Saya tidak pernah menetapkan sasaran besar tetapi berkembang secara berperingkat sebagai pengendali.

“Itu masih menjadi rancangan saya.

“Apabila tiba masanya untuk sesuatu yang lebih baik, kita akan duduk dan berbincang.

“Sehingga itu, kami terus bergerak ke depan, memberikan yang terbaik dalam setiap sesi latihan dan perlawanan,” katanya seperti dipetik Teleskop dan dilaporkan SportWitness.

Sementara itu, kedudukan Carrick di Manchester United terus menjadi perhatian selepas The Red Devils hanya mengumpul lima mata daripada lima perlawanan EPL musim ini.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok