• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Sukan Asia: Shahmalarani Sumbang Emas Ketiga Malaysia
23 September 2026 | 04:28 PM

Sukan Asia: Shahmalarani Sumbang Emas Ketiga Malaysia

KUALA LUMPUR - Kem karate negara terus menyerlah di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 apabila Shahmalarani Chandran menyumbang pingat emas ketiga Malaysia menerusi acara kumite bawah 50 kilogram (kg) wanita hari ini.

Atlet berusia 28 tahun itu menewaskan wakil Hong Kong, Tsang Yee Ting pada aksi final yang berlangsung di Gimnasium Toyohashi.

Pertarungan berlangsung sengit dan berhati-hati apabila kedua-dua atlet gagal menghasilkan mata, dengan kedudukan 0-0 kekal sehingga tamat saingan.

Shahmalarani turut melancarkan serangan pada saat-saat akhir, namun keputusan perlawanan akhirnya ditentukan menerusi ‘hantei’, iaitu penilaian juri berdasarkan keseluruhan aksi kedua-dua atlet.

Keputusan itu memihak kepada Shahmalarani sekali gus membolehkannya bergelar juara dalam penampilan di pentas Sukan Asia.

Dalam perjalanan ke final, pemenang tiga pingat emas Sukan SEA itu menewaskan atlet Bangladesh, Saiama Jaman 5-4 pada suku akhir sebelum menyingkirkan juara dunia dari Uzbekistan, Gulshan Alimardanova 3-2 pada separuh akhir.

Sementara itu, trio Mukhriz Mazlan, Mohamad Haznil Henry dan Muhammad Aiqal Asmadie turut menyumbang pingat gangsa bagi Malaysia menerusi acara kata berpasukan lelaki.

Pada aksi penentuan pingat gangsa, barisan negara menampilkan persembahan kemas untuk menewaskan Vietnam 3-2.

Dengan tambahan emas Shahmalarani dan gangsa kata berpasukan lelaki, karate kini menjadi antara penyumbang utama pingat Malaysia di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, dengan keseluruhan lima pingat termasuk dua emas dan tiga gangsa.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok