• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Kemenangan Sensasi Jun Hao Tidak Mampu Selamatkan Malaysia
23 September 2026 | 11:24 AM

Kemenangan Sensasi Jun Hao Tidak Mampu Selamatkan Malaysia

AICHI, 22 Sept (Bernama) - Kebangkitan perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao yang menumbangkan pemain nombor satu dunia, Jonatan Christie, tidak cukup untuk menghidupkan cabaran Malaysia apabila skuad negara tersingkir di suku akhir acara berpasukan lelaki badminton Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, hari ini.

Malaysia tewas 2-3 kepada Indonesia dalam pertembungan di Ichinomiya City Municipal Gymnasium, sekali gus gagal melangkah ke separuh akhir dan terlepas peluang menamatkan kemarau pingat acara berpasukan lelaki yang berlarutan sejak Sukan Asia Incheon 2014.

Jun Hao, yang menghuni ranking ke-33 dunia, mencipta kejutan apabila bangkit daripada kekalahan pada set pertama untuk menghadiahkan mata pertama buat Malaysia selepas menewaskan Jonatan 20-22, 21-12, 21-17.

Bagaimanapun, Indonesia kembali menguasai perlawanan apabila beregu lelaki Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani tewas kepada gandingan Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri 15-21, 21-19, 10-21, sebelum Alwi Farhan menggandakan kelebihan Indonesia dengan menewaskan Justin Hoh 21-19, 21-19.

Malaysia enggan mengalah apabila gandingan Aaron Chia-Tee Kai Wun mengheret perlawanan ke penentuan selepas menundukkan Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin 17-21, 21-16, 21-13.

Namun, Eogene Ewe gagal melengkapkan kebangkitan negara apabila tewas 11-21, 11-21 kepada Moh Zaki Ubaidillah dalam perlawanan kelima, sekali gus mengesahkan kemenangan Indonesia 3-2.

Jun Hao yang mencipta kejutan ke atas Jonatan berkata permulaan perlahan menyukarkannya mendapatkan rentak, namun keadaan berubah selepas beliau berjaya menyesuaikan corak permainannya pada set kedua.

“Pada awal permainan, saya rasa rentak saya kurang menjadi dan apabila ketinggalan jauh, saya cuba mengejar semula sehingga berjaya mendapatkan mata permainan pada set pertama.

“Walaupun kalah set pertama, saya rasa perkara itu membantu saya mengatasi tekanan dan tahu apa yang perlu dilakukan pada set kedua. Selepas mendapat rentak sendiri, permainan saya menjadi lebih lancar,” katanya selepas perlawanan.

Kegagalan itu menyaksikan Malaysia masih belum dapat menamatkan penantian pingat acara berpasukan lelaki selepas kali terakhir menaiki podium menerusi gangsa pada Sukan Asia Incheon 2014.

Malaysia juga belum pernah memenangi emas acara berpasukan lelaki di Sukan Asia, dengan pencapaian terbaik negara ialah dua pingat perak pada edisi Bangkok 1966 dan Beijing 1990.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok