KUALA LUMPUR - Skuad Harimau Malaya kini berada di Jakarta, Indonesia bagi menghadapi saingan Piala ASEAN FIFA 2026 yang julung kali dianjurkan.
Skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu bakal beraksi dalam Divisyen 1 dan diundi dalam Kumpulan A bersama tuan rumah Indonesia, Singapura serta Bangladesh.
Daripada senarai awal 23 pemain yang diumumkan pada 17 September lalu, tiga perubahan terpaksa dilakukan susulan kecederaan yang dialami Sergio Aguero, Romel Morales dan Faris Danish Asrul.
Tempat ketiga-tiga pemain berkenaan digantikan Harith Haiqal Adam Afkar, Syahir Bashah dan Paulo Josue.
Berikut senarai penuh 23 pemain Malaysia bagi saingan Piala ASEAN FIFA 2026:
Penjaga gol
1. Ahmad Syihan Azmi Mohamed
2. Azri Ghani
3. Haziq Nadzli
Pertahanan
4. Bradd Tapp
5. La’vere Corbin-Ong
6. Daniel Ting
7. Dion Cools
8. Harith Haiqal Adam Afkar
9. Quentin Cheng
10. Syahmi Safari
11. Ubaidullah Shamsul Fazili
Pemain tengah
12. Nathaniel Hong Wan
13. Manuel Hidalgo
14. Nazmi Faiz Mansor
15. Nooa Laine
16. Stuart Wilkin
17. Syahir Bashah
Penyerang
18. Arif Aiman Hanapi
19. Bergson da Silva
20. Faisal Halim
21. Fergus Tierney
22. G. Pavithran
23. Paulo Josue
Menurut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), skuad negara hanya menjalani sehari kem latihan di tanah air sebelum berlepas ke Jakarta pada Selasa, 22 September.
Malaysia yang kini berada di ranking ke-136 dunia akan memulakan kempen menentang Bangladesh, yang menghuni ranking ke-181 dunia, di Stadium Gelora Bung Karno pada Jumaat, 25 September, jam 5 petang.
Skuad Harimau Malaya kemudiannya menentang Indonesia, yang berada di ranking ke-118 dunia, di venue sama pada Isnin, 28 September, jam 8.30 malam.
Dalam aksi terakhir Kumpulan A, Malaysia akan berdepan Singapura, yang berada di ranking ke-148 dunia, di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung pada Khamis, 1 Oktober, jam 8.30 malam.
Juara Kumpulan A dan Kumpulan B akan bertemu pada aksi final di Gelora Bung Karno pada Isnin, 5 Oktober, jam 9 malam.
Sementara itu, naib juara kedua-dua kumpulan akan berentap bagi penentuan tempat ketiga pada hari dan venue sama, dengan perlawanan dijadualkan bermula jam 5 petang.
Sumber: The Vocket
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini
Back