• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Samba Curi Tumpuan, City Belasah Norwich 5-0
18 September 2026 | 11:13 AM

Samba Curi Tumpuan, City Belasah Norwich 5-0

MANCHESTER - Pemain muda Manchester City, Floyd Samba, mencuri tumpuan pada penampilan sulungnya apabila meledak dua gol ketika membantu pasukannya membelasah Norwich City 5-0 dalam aksi Piala Liga, sekali gus mengesahkan tiket ke pusingan 16 terakhir menentang Brighton.

Pemain berusia 17 tahun itu merupakan antara 10 perubahan yang dilakukan Enzo Maresca terhadap kesebelasan utama selepas City menewaskan Manchester United dalam aksi derbi dramatik dengan 10 pemain, Ahad lalu.

Samba, yang juga anak kepada bekas pertahanan Blackburn Rovers dan Queens Park Rangers, Chris Samba, mengakui sukar mempercayai permulaan cemerlangnya bersama pasukan utama City.

"Untuk membuat penampilan sulung seperti ini memang sukar dipercayai. Saya sendiri tidak dapat mempercayainya.

"Tetapi ini baru permulaan. Saya mempunyai karier yang panjang di hadapan dan ia adalah penampilan sulung yang hebat," katanya.

City membuka tirai jaringan menerusi Rayan Cherki sebelum Allan, yang melakukan penampilan pertama sejak menyertai kelab itu dari Palmeiras dengan nilai perpindahan £34 juta (RM186.1 juta), turut mencetak nama sebagai penjaring.

Samba kemudian menggandakan kelebihan City apabila menanduk masuk hantaran lintang Allan selepas penjaga gol Norwich, Daniel Grimshaw, gagal menangkap bola dengan kemas.

Ayyoub Bouaddi, yang membuat penampilan pertama di Etihad sebagai pemain utama selepas berpindah dari Lille dengan nilai £100 juta (RM470.3 juta), turut mencipta impak apabila melakukan hantaran yang membolehkan Cherki meluru masuk sebelum menewaskan Grimshaw.

Allan kemudian mempamerkan kualitinya pada minit ke-48 menerusi larian individu sebelum melepaskan rembatan yang menerjah penjuru gawang.

Tidak lama selepas itu, Samba memanfaatkan sekali lagi kelekaan pertahanan Norwich untuk menghasilkan rembatan lencong cantik bagi gol keduanya.

Ryan McAidoo melengkapkan pesta gol City pada penghujung perlawanan menerusi penyudah tenang bagi memastikan kemenangan besar 5-0.

Norwich melakukan sembilan perubahan dalam kesebelasan utama ketika tumpuan mereka turut terarah kepada usaha memburu promosi ke Liga Perdana Inggeris (EPL) dari Liga Kejuaraan.

Kemenangan itu meneruskan permulaan sempurna Maresca selaku pengganti Pep Guardiola apabila City kini merekodkan enam kemenangan berturut-turut dalam tiga pertandingan.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok