• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Inter Bangkit Tebus Defisit Dua Gol, Roma Kekal Sempurna
15 September 2026 | 11:18 AM

Inter Bangkit Tebus Defisit Dua Gol, Roma Kekal Sempurna

MILAN - Inter Milan bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Udinese 5-3 pada Isnin, sekali gus mengekalkan rekod kemenangan sempurna dalam empat perlawanan pembukaan Serie A.

Kemenangan itu menyaksikan Inter berkongsi 12 mata di tangga teratas bersama AS Roma yang turut mencatat kemenangan keempat berturut-turut selepas menewaskan Torino 2-0.

Kedua-dua pasukan bakal berentap di Stadio Olimpico pada Sabtu dalam pertembungan antara dua pendahulu liga, manakala Como menghuni tempat ketiga dengan 10 mata selepas menewaskan Parma 2-1.

Udinese bermula garang apabila James Abankwah membuka tirai jaringan pada minit kesembilan menerusi tandukan mudah sebelum Jurgen Ekkelenkamp menggandakan kelebihan tujuh minit kemudian.

Inter bagaimanapun bangkit sebelum tamat separuh masa pertama.

Carlos Augusto merapatkan jurang menerusi rembatan jarak jauh yang menerjah penjuru bawah gawang sebelum Nicolo Barella menyamakan kedudukan 10 minit sebelum rehat.

Juara bertahan itu kemudian melengkapkan kebangkitan pada minit ke-59 apabila Marcus Thuram meledak gol dari dalam kotak penalti hasil hantaran Andy Diouf.

Francesco Esposito dan Ange-Yoan Bonny masing-masing menambah satu gol untuk meletakkan Inter selesa 5-2 sebelum Idrissa Gueye menjaringkan gol ketiga Udinese pada masa kecederaan.

Dalam aksi lain, Roma meneruskan rentak kemenangan selepas menundukkan Torino 2-0 menerusi jaringan Donyell Malen dan Niccolo Pisilli.

Malen membuka jaringan lima minit sebelum rehat selepas memanfaatkan kesilapan penjaga gol Torino, Lucas Perri, yang kehilangan bola selepas dipintas Paulo Dybala.

Pisilli kemudian memastikan kemenangan Roma pada masa kecederaan menerusi rembatan dari sudut sukar.

Pengendali Roma, Gian Piero Gasperini, memuji gandingan Malen dan Dybala yang disifatkannya saling melengkapi di jentera serangan.

"Jelas sekali kedua-dua pemain ini mempunyai bakat individu yang luar biasa, namun mereka juga saling melengkapi sebagai pasangan penyerang," katanya kepada DAZN Italia.

Mengulas pertemuan menentang Inter pada Sabtu, Gasperini berkata perlawanan itu menjadi peluang untuk Roma menguji kemampuan mereka menentang pasukan terbaik.

Sementara itu, Como meneruskan momentum positif selepas mencatat kemenangan ke atas RB Leipzig dalam penampilan sulung di Liga Juara-Juara dengan menewaskan Parma 2-1 di laman sendiri.

Jacobo Ramon dan Kaiki Bruno masing-masing mencetak gol untuk membantu skuad kendalian Cesc Fabregas meraih tiga mata.

"Ini adalah kemenangan penting bagi saya sebagai jurulatih kerana saya mula menyedari potensi sebenar pasukan ini," kata Fabregas.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok