• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Ronaldo Gesa Penyokong Ejek Jota Diharamkan Masuk Stadium
14 September 2026 | 11:07 AM

Ronaldo Gesa Penyokong Ejek Jota Diharamkan Masuk Stadium

RIYADH - Cristiano Ronaldo menggesa penyokong yang didakwa melaungkan nama mendiang bekas rakan sepasukannya, Diogo Jota, ketika perlawanan Liga Pro Saudi antara Al-Taawoun dan Al-Hilal dikenakan larangan masuk stadium seumur hidup.

Insiden itu berlaku ketika perlawanan di Buraidah, Arab Saudi, semalam apabila penyokong didakwa melaungkan nama “Jota” ke arah pemain tengah Al-Hilal, Ruben Neves.

Neves yang merupakan sahabat rapat Jota serta antara pembawa keranda pada pengebumian pemain berkenaan, dilihat memberi reaksi dengan menunjuk ke arah matanya sebelum mengangkat tangan ke langit.

Jota meninggal dunia pada 3 Julai 2025 dalam kemalangan jalan raya di Zamora, barat laut Sepanyol, bersama adiknya, Andre Silva.

Dalam temu bual selepas perlawanan, Neves dilaporkan berkata: “Saya harap mereka tidak pergi berdoa selepas ini.”

Ronaldo kemudian mengecam tindakan penyokong berkenaan menerusi ruangan komen di Instagram selepas rakaman video insiden itu tersebar di media sosial.

“Peraturan liga mesti mengambil tindakan dan menghukum tingkah laku penyokong seperti ini.

“Ini bukan lagi bola sepak dan perlu ada batasnya. Mereka yang berkelakuan seperti ini tidak sepatutnya dibenarkan memasuki stadium lagi,” katanya.

Al-Hilal meraih kemenangan besar 6-0 ke atas Al-Taawoun dalam perlawanan itu, dengan Neves beraksi selama 75 minit sebelum digantikan.

Sementara itu, Reuters memaklumkan pihaknya sudah menghubungi Al-Taawoun dan Al-Hilal untuk mendapatkan ulasan berhubung kejadian berkenaan.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok