• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Kedutaan Nasihat Rakyat Malaysia Ke Jakarta Semak Status Penerbangan Dari Semasa Ke Semasa
11 September 2026 | 09:39 AM

Kedutaan Nasihat Rakyat Malaysia Ke Jakarta Semak Status Penerbangan Dari Semasa Ke Semasa

JAKARTA, Sept 10 (Bernama) - Rakyat Malaysia yang merancang perjalanan ke Indonesia, khususnya melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta dinasihatkan merancang dan menyemak status penerbangan dengan syarikat penerbangan masing-masing dari semasa ke semasa.

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta memaklumkan walaupun pintu masuk udara utama Indonesia itu kembali beroperasi sejak 8 Sept lepas, syarikat penerbangan dilaporkan masih membuat penyesuaian terhadap jadual penerbangan dan penumpang, khususnya penerbangan keluar dari Jakarta.

“Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta terus memantau situasi rakyat Malaysia yang telah melaporkan diri sebagai terkandas pada 6 dan 7 Sept lepas susulan gangguan penerbangan.

“Sebahagian daripada mereka memaklumkan telah selamat kembali ke Malaysia,” menurut kenyataan kedutaan itu malam ini.

Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta dan tujuh lagi lapangan terbang yang ditutup sementara sejak Ahad lepas susulan ancaman debu abu gunung berapi Anak Krakatau, telah dibuka semula pada petang Isnin.

Menurut kedutaan itu, aktiviti Gunung Anak Krakatau di Wilayah Lampung masih berada pada Tahap III, iaitu paras kedua tertinggi dalam sistem amaran gunung berapi empat peringkat di Indonesia, dengan aktiviti letusan masih direkodkan pihak berkuasa pada Khamis.

Antara gunung berapi lain yang turut dilaporkan aktif ketika ini ialah Gunung Ile Lewotolok di Nusa Tenggara Timur, Gunung Ibu di Maluku Utara serta Gunung Semeru di Jawa Timur.

Bagi sebarang bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta di talian tetap +62 21 522 4947 / 4948 atau menerusi aplikasi WhatsApp di talian +62 813 8081 3036.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok