• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Siti Nurhaliza Dominasi Pencalonan AIM25
10 September 2026 | 10:42 AM

Siti Nurhaliza Dominasi Pencalonan AIM25

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) - Penguasaan Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dalam industri muzik tanah air kekal utuh apabila beliau mendominasi Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) menerusi 14 pencalonan secara keseluruhan.

Penyanyi nombor satu negara itu muncul dengan pencalonan terbanyak pada edisi kali ini menerusi pelbagai cabang muzik merangkumi genre tradisional, lagu perayaan, kolaborasi antarabangsa dan aspek teknikal produksi.

Menerusi kategori utama, beliau tercalon bagi Vokal Wanita Terbaik melalui lagu Kesuma, manakala album Gema Bumantara melayakkannya bersaing dalam kategori Album Terbaik serta Rakaman Album Terbaik.

Penguasaan Siti Nurhaliza turut menyerlah dalam kategori Lagu Tradisional Terbaik menerusi empat karya iaitu Kesuma, Rencong, Hujung Bumi dan Pesanan Buat Diri.

Bagi kategori Kolaborasi Artis/Penulis Lagu Tempatan Bersama Artis/Penulis Luar Negara Terbaik, tiga lagu beliau tersenarai iaitu Cenderamaya, Kumbang Bunga dan Jenjang Cinta.

Selain itu, lagu Pesanan Buat Diri dicalonkan untuk Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Negara serta Rakaman Lagu Terbaik yang turut menampilkan Kesuma, manakala Raya Nak Ke Mana? meraih pencalonan bagi Lagu Perayaan Terbaik.

Penyanyi Aisha Retno menjadi pencabar terdekat dengan enam pencalonan, diikuti Hael Husaini dan Mimifly yang masing-masing memperoleh lima pencalonan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM Rosmin Hashim berkata sebanyak 135 calon mara ke peringkat akhir merentasi 32 kategori selepas menerima kira-kira 600 pencalonan. 

Beliau berkata proses penjurian kali ini diketuai komposer Mohd Faizal Maas atau dikenali sebagai Ajai dan diaudit secara bebas bagi menjamin ketelusan.

“Penganjuran edisi Jubli Perak turut memperkenalkan dua kategori baharu iaitu Lagu Borneo Terbaik dan Lagu Perayaan Terbaik, manakala kategori Lagu Bahasa Melayu Terbaik yang Dipersembahkan oleh Artis Antarabangsa digugurkan akibat penyertaan terhad,” katanya pada sidang media anugerah berprestij itu di sini semalam.

Beliau berkata penganjuran kali ini juga mendapat sokongan dana RM1.95 juta merangkumi RM950,000 daripada Dana Kandungan Digital (DKD) Kementerian Komunikasi menerusi MyCreative Ventures dan RM1 juta menerusi Geran Acara Pelancongan daripada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak.

Dijadualkan berlangsung pada 26 Sept ini, buat julung kali malam kemuncak AIM25 akan diadakan di Sarawak, bertempat di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK). 

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok