• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Nahas Helikopter: Kerajaan Akan Beri Bantuan Kepada Keluarga Mangsa - PM Anwar
09 September 2026 | 01:19 PM

Nahas Helikopter: Kerajaan Akan Beri Bantuan Kepada Keluarga Mangsa - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) - Kerajaan akan memberikan segala bantuan dan sokongan diperlukan kepada keluarga lima mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter di Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak, petang semalam.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Anwar berkata beliau turut berdukacita menerima khabar nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (PDU) itu yang membawa empat petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dan seorang juruterbang.

"Ingatan serta doa saya dan (isteri) Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) bersama keluarga kesemua mangsa yang sedang melalui detik yang begitu berat ini.

"Moga mereka dikurniakan kekuatan dan ketabahan. Saya mohon semua pihak memberikan ruang kepada ahli keluarga serta mengelakkan sebarang spekulasi sementara menanti maklumat sah daripada pihak berkuasa," katanya.

Semalam, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataan memaklumkan sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Long Lellang, Ulu Baram, kira-kira 929 kilometer dari Kuching, Sarawak.

KKM dalam kenyataan memaklumkan helikopter yang berlepas dari Miri itu dikendalikan seorang juruterbang dan membawa seorang pegawai perubatan, seorang penolong pegawai perubatan (PPP) serta dua jururawat yang sedang menjalankan tugas rasmi.

Antara mangsa disahkan oleh keluarga ialah Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 31, dan Dr Ainul Baraah Kamarudin, 32. 

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok