• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Tujuh Gunung Berapi Indonesia Paling Hampir Dengan Malaysia, Kesan Dijangka Minimum
08 September 2026 | 10:15 AM

Tujuh Gunung Berapi Indonesia Paling Hampir Dengan Malaysia, Kesan Dijangka Minimum

KUALA LUMPUR - Tujuh gunung berapi aktif di Indonesia yang berada paling hampir dengan Malaysia tidak dijangka mendatangkan kesan teruk kepada negara ini berikutan kedudukan Malaysia di luar Lingkaran Api Pasifik.

Pakar Vulkanologi dan Pensyarah Kanan Program Geologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Suraya Hilmi Hazim, berkata Malaysia secara geologi terletak di atas Pentas Sunda yang relatif stabil dari aspek tektonik.

Menurutnya, Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak tidak berada dalam persekitaran tektonik yang memungkinkan negara ini termasuk dalam Lingkaran Api Pasifik.

Bagaimanapun, katanya, beberapa kawasan di Malaysia khususnya Sabah terletak berhampiran sempadan pertemuan plat geologi dengan Filipina, menyebabkan negara ini berkemungkinan menerima sedikit kesan daripada aktiviti seismik di negara jiran.

“Walaupun ada pihak mendakwa kita sudah berada dalam Lingkaran Api Pasifik, sebenarnya perkara itu tidak berlaku kerana Malaysia adalah sebahagian daripada Pentas Sunda yang relatif stabil dari aspek tektonik.

“Namun, kita mempunyai sempadan pertemuan plat geologi seperti di Sabah yang berhampiran dengan Filipina, jadi mungkin ada sedikit kesan sampingan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tujuh gunung berapi aktif di Indonesia yang berada antara kira-kira 850 hingga 1,200 kilometer dari lokasi tertentu di Malaysia, termasuk Gunung Anak Krakatau yang kini sedang meletus.

Antara gunung berapi berkenaan ialah Gunung Ibu di Maluku Utara, Gunung Semeru di Jawa Timur, Gunung Lewotobi Laki-laki dan Gunung Ile Lewotolok di Nusa Tenggara Timur (NTT), Gunung Anak Krakatau di Selat Sunda serta Gunung Sinabung di Sumatera Utara.

Ketua Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG), Rita Susilawati, sebelum ini memaklumkan beberapa gunung berapi Indonesia yang mengalami letusan secara serentak termasuk Gunung Ibu, Gunung Semeru, Gunung Lewotobi Laki-laki, Gunung Ile Lewotolok, Gunung Anak Krakatau dan Gunung Sinabung.

Abu vulkanik bukan sekadar debu

Mengulas kesan letusan gunung berapi, khususnya Gunung Anak Krakatau, Suraya berkata Malaysia tetap berdepan kemungkinan menerima kesan sekiranya abu vulkanik dibawa angin ke negara ini.

Katanya, abu vulkanik yang mengandungi zarah halus batuan dan kaca vulkanik (silika) boleh menjejaskan kualiti udara serta menyebabkan iritasi pada mata dan saluran pernafasan.

“Abu vulkanik bukan sekadar ‘debu biasa’. Ia boleh menjejaskan kualiti udara dan menyebabkan iritasi mata serta saluran pernafasan, terutama kepada individu yang mempunyai masalah pernafasan.

“Ia amat berbahaya kepada pesakit asma dan bronkitis,” katanya.

Selain kesan terhadap kesihatan, abu vulkanik yang memasuki ruang udara Malaysia juga berpotensi menjejaskan sektor penerbangan, seperti yang telah berlaku di Indonesia.

Sehubungan itu, Suraya berkata, walaupun Malaysia berada di luar Lingkaran Api Pasifik, persediaan dan pemantauan di pelbagai peringkat perlu diperkukuh bagi menghadapi sebarang kemungkinan akibat aktiviti gunung berapi di rantau ini.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok