• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Rakyat Malaysia Diminta Semak Status Penerbangan Jakarta
07 September 2026 | 11:38 AM

Rakyat Malaysia Diminta Semak Status Penerbangan Jakarta

JAKARTA, 7 Sept (Bernama) - Rakyat Malaysia yang melakukan perjalanan dari atau transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta (CGK), Jakarta dinasihatkan supaya sentiasa menyemak status penerbangan masing-masing susulan gangguan akibat abu gunung berapi dari Gunung Anak Krakatau.

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta memaklumkan abu gunung berapi itu menyebabkan beberapa lapangan terbang ditutup sementara selain menjejaskan penerbangan antarabangsa, termasuk perkhidmatan dari dan ke Kuala Lumpur.

“Pelawat Malaysia yang mempunyai penerbangan dari atau melalui CGK dinasihatkan supaya menyemak status penerbangan masing-masing dengan syarikat penerbangan dari semasa ke semasa bagi mendapatkan maklumat mengenai penjadualan semula penerbangan atau laluan alternatif,” menurut kedutaan dalam satu nasihat perjalanan pada Isnin.

Dalam kemas kini terbaharu pada tengah malam, Kementerian Pengangkutan Indonesia memaklumkan Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta dan enam lapangan terbang lain ditutup sementara sehingga 8.59 pagi waktu tempatan pada Isnin susulan abu gunung berapi dari Anak Krakatau.

Enam lapangan terbang lain ialah Radin Inten II di Lampung, Halim Perdanakusuma di Jakarta, Husein Sastranegara di Bandung, Budiarto di Tangerang, Pondok Cabe di Tangerang Selatan dan M. Taufik Kiemas di Lampung.

Kedutaan turut menasihatkan pelawat Malaysia supaya mengikuti perkembangan semasa dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan, khususnya berkaitan penyebaran abu gunung berapi.

Bagi mendapatkan bantuan konsular, kedutaan boleh dihubungi di +62 21 522 4947 pada waktu pejabat dan +62 813 8081 3036 selepas waktu pejabat.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok