• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

“Semua orang tunggu khabar abah” – Menantu rayu keselamatan ‘Team Loe’ di Nepal
28 August 2026 | 10:27 AM

“Semua orang tunggu khabar abah” – Menantu rayu keselamatan ‘Team Loe’ di Nepal

PETALING JAYA – “Semua orang tahan diri daripada menangis di rumah, abah. Semua orang tunggu khabar abah.”

Itu luahan seorang wanita yang bimbang selepas dia dan keluarganya masih gagal menghubungi bapa mentuanya yang kini berada di Nepal bersama lapan lagi rakyat Malaysia dikenali sebagai ‘Team Loe’.

Pengguna Threads, @waniyawww memaklumkan bapa mentuanya bukan pendaki dan tidak menyertai kumpulan pendakian Annapurna, sebaliknya bergerak menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

Menurutnya, ‘Team Loe’ terdiri daripada sembilan peserta bersama seorang pemandu pelancong yang menggunakan dua buah kenderaan pacuan empat roda sepanjang perjalanan mereka.

“Bapa mentua saya, mereka naik pacuan empat roda, bukan pendaki jalan kaki dan bukan Team Annapurna.

“Pasukan abah, mereka melancong sembilan orang bersama seorang pemandu pelancong dengan dua Jeep,” katanya menerusi hantaran di Threads.

Wanita itu berkata, kali terakhir dia menerima khabar daripada bapa mentuanya adalah pada pukul 8.45 pagi waktu Malaysia, kelmarin, ketika lelaki berkenaan memaklumkan sedang menikmati kopi.

Bagaimanapun, selepas itu keluarga berkenaan tidak lagi menerima sebarang berita daripadanya, dipercayai susulan gangguan capaian internet.

“Wani harap abah tak sampai lagi di sempadan itu. Semoga jauh lagi. Tapi kalau dah lepas, abah di tempat paling tinggi.

“Semoga abah sihat, selamat dan dipermudahkan segala urusan. Wani serahkan semuanya kepada Allah SWT,” katanya.

Hantaran tersebut turut mendapat perhatian orang ramai yang mendoakan keselamatan bapa mentuanya serta semua rakyat Malaysia yang berada di Nepal.

“Semoga pak cik dan semua Team Loe selamat dan berjaya pulang ke pangkuan keluarga,” kata seorang pengguna, Solehah.

Seorang lagi pengguna, @Ayu Hamid, turut menitipkan doa agar semua anggota kumpulan itu dilindungi dan dapat kembali ke pangkuan keluarga dalam keadaan selamat.

Sebelum ini, Kosmo! Online melaporkan kesemua anggota ‘Team Loe’ dikhuatiri berdepan risiko tinggi terkena kepala air ketika dalam perjalanan menuju Lhasa Tour, Tibet, selepas mereka masih gagal dikesan dan tidak dapat dihubungi sejak kelmarin.

Pengerusi Majlis Rekreasi Malaysia, Muhamad Nur Azrul Che Zabani berkata, risiko tersebut dijangka berlaku kerana kumpulan berkenaan berada di jalur laluan kepala air yang merupakan kawasan lembah.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok