• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Jerebu: JAKIM Laksana Solat Hajat Di Tiga Masjid Malam Ini
26 August 2026 | 03:42 PM

Jerebu: JAKIM Laksana Solat Hajat Di Tiga Masjid Malam Ini

KUALA LUMPUR, 26 Ogos - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan melaksanakan solat hajat dan bacaan doa di tiga masjid utama di bawah seliaan agensi itu malam ini susulan keadaan jerebu yang melanda negara ketika ini.

Ketua Pengarah JAKIM Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata solat hajat dan bacaan doa itu akan dilaksanakan selepas solat Maghrib di Masjid Negara, di sini serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya.

Beliau menyeru umat Islam untuk bersama-sama melaksanakan solat hajat serta memanjatkan doa kepada Allah SWT agar dikurniakan perlindungan, kesihatan, keselamatan dan ketenangan dalam menghadapi ujian ini.

“Semoga Allah SWT melindungi seluruh rakyat Malaysia daripada sebarang kemudaratan, memelihara kesihatan dan keselamatan kita semua serta memulihkan keadaan di kawasan-kawasan yang terjejas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Setakat 8 pagi tadi, sebanyak 17 kawasan di enam negeri iaitu Sarawak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Melaka dan Perak serta Kuala Lumpur dan Putrajaya merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok