• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Cetakan MyKad Seluruh Negara Dijangka Terganggu Enam Hari Bermula Esok
26 August 2026 | 11:19 AM

Cetakan MyKad Seluruh Negara Dijangka Terganggu Enam Hari Bermula Esok

PETALING JAYA - Urusan cetakan MyKad di seluruh negara dijangka mengalami gangguan sementara selama enam hari bermula esok berikutan proses peralihan kepada MyKad Generasi Baharu.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memaklumkan gangguan itu dijangka berlaku dari 26 hingga 31 Ogos 2026.

Menurut JPN, proses peralihan sedang dilaksanakan daripada struktur MyKad sedia ada kepada struktur MyKad Generasi Baharu.

“Sepanjang tempoh peralihan ini, urusan cetakan MyKad di seluruh negara dijangka mengalami gangguan sementara bermula 26 Ogos 2026 hingga 31 Ogos 2026,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, orang ramai yang tidak mempunyai keperluan mendesak untuk membuat penukaran atau penggantian MyKad dinasihatkan menangguhkan sementara urusan berkenaan.

JPN berkata, langkah itu bertujuan mengelakkan sebarang kesulitan kepada orang ramai sepanjang proses peralihan sistem dan pengeluaran kad baharu dilaksanakan.

Dalam pada itu, ibu bapa atau penjaga yang ingin membuat permohonan MyKad kali pertama bagi kanak-kanak berusia 12 tahun turut dinasihatkan menunggu buat sementara waktu.

Menurut JPN, langkah itu bagi membolehkan kanak-kanak berkenaan menerima MyKad Generasi Baharu apabila pengeluarannya bermula dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, JPN menjelaskan pemakluman berkenaan hanya melibatkan urusan cetakan MyKad sepanjang tempoh yang dinyatakan.

JPN turut memohon kesabaran dan kerjasama orang ramai sepanjang proses peralihan berkenaan serta memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok