KUCHING - Sebanyak 10 kawasan di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 8 pagi hari ini.
Berdasarkan pemantauan bacaan IPU pada Isnin, 24 Ogos 2026, IPD Serian dan Lundu masing-masing merekodkan bacaan tertinggi iaitu 189.
Turut mencatat bacaan tidak sihat ialah Tebedu (179), Kuching (175), Samarahan (170), Sri Aman (158), Lubok Antu (158) dan Bintulu (108).
Sementara itu, sembilan kawasan merekodkan bacaan pada tahap sederhana iaitu Mukah (95), Samalaju (90), Lawas (90), Miri (86), ILP Miri (84), Sibu (80), Sarikei (79), Kapit (74), Limbang (70) dan Bario (58).
Bacaan IPU dikira berdasarkan purata bergerak 24 jam bagi parameter pencemar yang paling dominan.
Orang ramai dinasihatkan supaya terus memantau bacaan IPU dari semasa ke semasa serta mengutamakan kesihatan diri dan keluarga, terutama ketika keadaan jerebu berterusan.
Sumber: NREB Sarawak
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini
Back